Seperti biasa selepas menyempurnakan solat sunat Aidilfitri, kami sekeluarga akan terus menuju ke Taman Barzah Felda Bukit Senggeh (FBS) untuk beraya bersama-sama dengan ayah.
Macam selalunya adik saya Haji Adnan akan memimpin bacaan Yasin dan sedikit tahlil untuk dihadiahkan pahalanya kepada Rasulallah saw beserta keluarga dan sahabatnya dan tidak lupa untuk ayah, datuk-datuk, saudara mara yang jauh dan dekat juga untuk semua muslimin muslimat.
Pagi ini di taman ini ramai sungguh kaum saudara yang datang menziarahi saudara mereka yang menetap di sini. Taman ini pun semakin hari semakin besar dan penghuninya pun semakin ramai.
Semoga segala doakan dan kiriman pahala untuk ayah akan disampaikan oleh Allah saw. Memang kami rasa sangat berlainan beraya tanpa ayah, walaupun ini adalah raya yang ke 5 tanpa bersama ayah.
Abang (Adi Nur Rasyid) sedang membersihkan pusara ayah dari habuk.
Setelah selesai adik-adik saya Haji Adnan, Haji Azmee dan abang bergambar bersama.
Segaknya dua beranak ini, Azmee dan abang.
No comments:
Post a Comment