31 August 2012

Beli Handphone Abang

Abang sibuk memilih handphone yang dia berkenan.

Setelah melihat, mencuba dan bertanyakan kepada jurujual, akhirnya Abang memilih juga jenama phone yang dia biasa gunakan iaitu Sony Ericsson. Tapi ciri hp ini bagus dan terkini.

Rasanya Abang suka dengan hp yang dia pilih tu.... Maklong minta Abang jaga hp tu baik-baik

Mmenunggu hp diregisterkan, install application, dan entah apa lagi.

Amir kena sabar dulu, belajar hingga ke Uni nanti baru Maklong belikan hp untuk Amir pulak.

Kecewa Bila Tiada Bunga Api Kemerdekaan 2012

 Kerana ingin melihat bunga api yang biasa dimainkan pada setiap menjelangnya hari ulang tahun kemerdekaan atau menjelangnya thun baru, Amir anak saudara saya di Tampin bersama ibunya dan emak saya datang ke rumah saya.

 Apabila hampir  jam 11 malam jalan di depan rumah saya telah penuh dengan kenderaan dan orang ramai menunggu bunga api dilancarkan. Sedangkan Amir setia menunggu dengan berehat-rehat di halaman rumah.

 Kenderaan dan orang ramai berbibis di tepi bukit menunggu bunga api menerangi langit KL. Malangnya sehingga jam 12.20 malam tiada apa yang menerangi langit KL kerana tiada pancaran bunga api. Kenapa tiada bunga api malam tadi???? Menjadi tanda tanya dalam hati saya kerana perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Yang paling saya kasihankan adalah anak saudara saya yang seorang ini. Hasratnya tidak tercapai, dia hanya dapat melihat bunga api kecil sahaja yang dilancarkan tetapi tidak semeriah yang sepatutnya. Tak apalah Amir, kalau ada umur, insyallah lain kali Amir ada peluang untuk menyaksikannya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke55 tahun kepada semua warga Malaysia. Terima kasih kepada semua pemimpin yang telah membangun dan mempermodenkan negara ini sehingga kita dikenali di mata dunia. Apa sekali pun jangan lupa kepada semua perwira kita yang telah banyak berjasa demi mempertahankan negara ini dari diterus dibelenggu dan kini kita bebas dan MERDEKA.

Tahun ini saya beruntung kerana saya menyambut kemerdekaan tahun ini bersama emak dan adik saya yang bungsu Ain dan anak bungsunya Amir. Kami sama-sama akan menyaksikan bunga api yang akan ditembak ke udara KL tepat jam 12.00 pagi 31 Ogos.

30 August 2012

Beraya Di Tesco Melaka

Boleh percaya ke, pada hari raya ke3, kami sekeluarga termasuk kluarga Azman dri Kuantan beraya di Tecso Melaka. Asalnya saya nak belikan Abang handphone kerana handphone dia rosak pada hari raya pertama. Kesiankan Abang kerana masih lagi belajar di IPTA sukar untuk berurusan.

Beraya di sini bukan macam beraya di rumah orang dapat minum dan makan free. Di sini semua kene beli sendiri. Mungkin setelah penat meronda maka kami lepak je di ruang bangku yang ada di pasaraya ini.

Belum buat keputusan apa nak buat selepas ini, itu yang masing-masing nampak booring je.

Amir dan Ammar sedang menikmati minuman pearls...... sedap ke?...

Sedap la tu.... sebabnya Amir menyedut tak henti-henti

Beraya Bersama Ayah di Taman Barzakh FBS

Dari masjid kami terus ke Taman Barzakh FBS, alhamdulillah masih ada lagi ruang parkir untuk kereta saya dan adik saya Shima.

Kumpulan kami mula memasuki kawasan taman dan kelihatan Ain dan adnak-anaknya.

Tu mak mendahului kumpulan baru menaiki tangga untuk mengambil tempat duduk.


Kelihatan Shima, anaknya Ammar, Abang dan Amir.

Pusara ayah, hampir 4 tahun ayah meninggalkan kami, tapi rasanya baru semalam ayah ada di kalangan kami. Rindunya pada ayah...

Semua sudah mengambil tepat dan sedia untuka memulakan bacaan yasiin. "Yaasinnnn, walkuranilhazim...."




Selesai bacaan Yasin..... segala pahalanya dihadiahkan kepada rasulallah , ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya serta pahalanya juga disedekahkan khusus untuk ayah dan penghuni taman ini dan muslimin muslimat di seluruh dunia.

Emak dan Abang sebelum meninggalkan taman ini. Masih terdapat lagi ramai pengunjung yang menziarahi sanak saudara masing-masing.

29 August 2012

Kucing Peneman

Jinak betul kucing ini, semasa membeli sarapan pagi di gerai tepi jalan di Nyalas (Gerai yang selalu kami langgani - malahan sejak ayah ada lagi), kami terlihat 4 - 5 ekor kucing sama-sama menunggu pelanggan. Kucing-kucing ini setia menunggu bersama tuannya.

Sementara menunggu sarapan pai kami dibungkus, sempat kami berkenalan dengan kuicng-kucing tersebut dan sempat pula bermain-main dengan mereka. Ain dengan salah seekor kucing - pandai dia posing

Agaknya dia ni ketua kot.. bagus nampak dia duduk atas batang kayu itu.

Dia rasa dia dah cukup handsome kot.

Dak Itam sama hitam dengan jubah saya.

Di Sekitar Pagi Raya Di Rumah

Balik sahaja dari pusara ayah, kami memulakan acara bergambar beramai-ramai di pagi raya untuk diabadikan ke dalam Album Kelaurga.

 Saya, Ain, Emak dan Shima

 Cucu dan nenak mereka. Adi, Emak, Amir dan Ammar

 Shima dan anaknya Ammar

 Saya dan Shima - peace no war.

 Amir dan Ammar

Amir, Adi dan Ammar

Sesak Juga Pada 27 Ogos 2012

 Tengok tu, kesesakan berlaku selepas Plaza Sungai Besi - lama juga saya terpaksa menunggu untuk melepaskan diri untuk memasuki ke Jalan Cheras.

 Ramai juga pemandu yang berpusing semula mungkin untuk keluar mengikut jalan-jalan lain.

Jam menunjukkan 10.57 pagi di masa saya tersekat di Plaza tersebut.

28 August 2012

Solat Aidilfitri 2012

Kami tiba awal di masjid, jadi dapatlah parkir yang selesa dan mudah bergerak kerana masih tidak ramai orang lagi.

Dalam masjid juga kami boleh pilih tempat yang rasa sesuai.

Saya dan Shima bersiap sedia untuk mengerjakan solat.

Alhamdulillah ramai betul warga Felda ini, ini disebabkan oleh anak-anak yang balik beraya bersama ibu-bapa masing-masing.

Emak bersalaman dan berpelukan dengan sahabat handainya yang lama tidak bersua muka.

Emak melangkah turun dari masjid setelah selesai solat dan bertemu dengan sahabatnya.

Semua yang hadir ke masjid namapk cantik dan segak termasuklah kanak-kanak.

Tuuu, hero kami dah siap sedia menunggu di kereta.