Setelah menghampiri muka surat ke 571 dalam Novel Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid (RAM) saya terasa benar-benar ingin mengetahuai siapakan dia Saifudin bin Jalis atau lebih dikenali di Aceh sebagai Laksamana Sunan (LS). LS hidup di abad ke 15, dia merupakan seorang perantau yang dapat meletakkan dirinya setanding dengan ulama di Aceh dan pahlawan lagenda Melaka Datuk Laksamana Hang Tuah.
RAM telah menghidupkan LS dengan begitu baik sekali dan saya menjangkakan ramai wanita akan jatuh hati kepada LS. Memang tidak dapat dinafikan saya sendiri tertarik dengan keperibadian LS sebagai pemuda Melayu yang berkeperibadian tinggi, berilmu, alim dan tulus itu. Ada kemungkinankah terdapatnya pemuda-pemuda Melayu seperti itu di zaman moden ini?
Andainya benar tuan hamba pernah ujud di muka bumi ciptaan Allah ini, di mana agaknya tuan hamba boleh hamba jejaki? Bolehkah hamba menerokai alam tuan hamba seperti yang dilakukan oleh Haryati?
Penerokaan di alam yang berselisih atau alam yang selari sukar untuk diterima oleh sains zaman kini. Tetapi tidak ada perkara yang mustahil jika Allah swt mengkehendakinya. Terlalu amat mudah bagi Allah untuk melakukan sesuatau yang tiada kepada ada. Kun fa ya kun... jadi maka jadilah ia.
Malang sungguh bagi saya kerana rupanya saya belum lagi memiliki sambungan novel ini yang berjudul Cinta Sang Ratu, walau bagaimanapun saya telah pun membeli novel akhir dalam trelogi ini yang berjodol Hijap Sang Pencinta. Tak sabar-sabar mengintai peluang untuk keluar sekejap dari pejabat untuk ke kedai buku.... tetapi entah bila agaknya....
No comments:
Post a Comment