17 June 2013

Pejabat Baruku Yang Belum Sempurna

Ini adalah pejabat baru saya di Unit Penilaian Tahap Kompetensi (PTK), JPWPKL. Saya telah bertukar ke pejabat ini pada 30 Mei 2013 daripada Unit Pentadbiran Am (UPT) jabatan yang sama. Kedudukan kedua-dua pejabat ini boleh dikatakan jauh juga kerana skiranya berjalan kaki mengambil masa 15 minit kot sebabnya pejabat ini terletak di Tingkat 3 Blok A Duta 2. Yang paling mengembirakan kedua-dua Blok A dan B tidak mempunyai lif, jadi kami semua di bangunan ini bolehlah dikatakan sihat-sihat.

Tetapi yang kasihannya adalah orang yang mempunyai masalah kesihatan, rakan-rakan kami yang mengandung dan warga emas. Tentunya penat dan meletihkan.... bagi saya pertukaran ini seperti Allah menjawab permohonan saya untuk keluar dari UPT. Alhamdulillah syukur kepada Allah akhirnya saya dapat bertugas di Unit PTK dan mempelajari sesuatu yang baru yang belum pernah saya lakukan.

Pejabat ini merupakan pejabat yang kedua kecil yang pernah saya gunakan. Namun begitu saya tetap bersyukur kepada Allah setidak-tidaknya ada juga pejabat.... ada juga kawan-kawan yang tidak mempunyai pejabat sendiri atau yang terpaksa berkongsi pejabat. Pada awal saya berpindah ke blok ini, selama 2 hari saya hampir putus nafas menaiki tangga, maklumlah sudah terlalu lama saya tidak menaiki tangga yang tinggi. Saya juga bersyukur kepada Allah kerana rawatan yang saya lakukan di HATTM menunjukkan improvement di mana kaki saya sudah flexible dan kurang rasa sakit sekarang ini. Kini saya boleh mengatakan kepada diri sendiri bahawa dengan cabaran baru ini juga akan membuatkan jantung saya akan jadi lebih sihat. Hip hip hurree

No comments: