'Apabila
masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas
segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.'
Barangsiapa
berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka.
Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.Diberi pahala oleh
Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud.
Jika
dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya
Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur,
dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di
hari qiamat, dan diwajibkan syurga baginya.
Barang siapa
berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir khamis daripada
Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga.
Berkata
Siti Aisyah r.a.: 'Bulan
yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.'
Sabda
Nabi S.A.W. :-
'Syaaban
adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan
dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).'
Sabda
Nabi S.A.W. : 'Bahawa
puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa berpuasa tiga hari daripada
bulan Syaaban, kemudian dia bersolawat atasku beberapa kali sebelum berbuka
puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu,diberkatkan rezkinya
baginya. Bahawa Allah membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.'
Sabda
Nabi S.A.W :-
'Dinamakan
Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang
lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.'
Sabda
Nabi S.A.W : 'Bahawa
kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas
segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti
kelebihanku atas segala Anbia'. Kelebihan Ramadhan atas bulan- bulan yang lain
seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.'
Bulan
Syaaban - keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Rejab
dengan malam Isra' Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.
Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah S.A.W. lalu
katanya :- 'Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah
padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tiada syirik
denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan
derhaka terhadap ibubapa.'
Sabda
Nabi S.A.W. : 'Allah
menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala
makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan
saudaranya.
Sabdanya
lagi : 'Apabila
pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang,
beribadat, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman, Adakah orang yang
meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku
afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah
pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.
Tersebut
dalam kitab Al-Barokah, bahawa jin, burung, binatang- binatang buas,ikan di
laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.
Tersebut
di dalam kitab Iqna', bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban
menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah S.A.W. kali
keduanya, katanya :- 'Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah telah
mengampunkan segala umatmu orang yang tiada mensyirikkanNya sesuatu, angkatkan
kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala
pintu syurga.'
Kata
Syeikh Abdul Qadir Al-Kilani di dalam Ghaniah :- 'Bahawa malam Nisfu Syaaban
adalah hariraya malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak
tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang-panjang malamnya. Dan bagi
anak-anak Adam berhariraya padanyapada siang hari dengan berpuasa dan ibadat,
kerana mereka tidur pada malamnya.
Allah
tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban kepada enam orang :-
Orang
yang kekal minum arak.
Orang
yang derhaka dua ibubapanya.
Orang
yang kekal dalam zina.
Orang
yang banyak berkelahi.
Orang
yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta.
Orang
yang memperlagakan orang supaya berkelahi.
No comments:
Post a Comment