Syaaban
ertinya berpecah atau bercerai-berai. Dinamakan demikian kerana orang-orang
Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air,
setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua.
Sebahagiannya
pula mengatakan sebab diertikan demikian kerana ia sebagai pemisah iaitu
memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
Keutamaan
Bulan Syaaban
Diriwayatkan
oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia
telah berkata yang maksudnya :
"Adalah
Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa
berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah
akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasas ebulan
penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa
sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dari
hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban
dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat
selain dari bulan Ramadhan.
Selain
dari itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan
keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang
maksudnya :
"Keutamaan
bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di
atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas
semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas
makhluk-Nya."
Amalan-amalan
di bulan Syaaban
Di
antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
1.
Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana
yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa
sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu
adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan
puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di
dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa
berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan
Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya
pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat
kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu
maka dia seperti orang yang mati syahid."
2.
Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda
Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa
kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka
Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu
dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul
Wa'izhin)
3.
Bertaubat
Diriwayatkan
dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata :
Rasulullah
SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah
dirimu dan perbaiki niatmu."
Sebahagian
ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk
meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk
memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa
untuk menerangkan hati dan jiwa.
Malam
Nisfu Syaaban
Malam
15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam
yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling
mustajab dan penuh rahmat.
Malam
nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga
kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin
akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang
umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala
dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain
ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al
Quran.
No comments:
Post a Comment