Hari Sabtu lepas, iaitu pada 22 Jun 2013 saya mendenda Oky kerana nakal. Saya tidak tahu kenapa dia membuat perangai, apabila saya cuba memandikan dia.... biasanya Oky tidak susah untuk mandi. Walaupun mulut dia bising tetapi mudah untuk diselenggarakan. Oky memang takut air....
Tapi pada hari itu, Oky betul-betul menguji kesabaran saya. Dia menjerit sehabis suara - saya rasa beberapa buah rumah berhampiran boleh mendengar suara dia... apa pula yang dikatakan oleh jiran-jiran saya nanti. Oky juga memanjat saya dan habis basah baju... hairan juga saya memikirkan apa yang membuatkan Oky berperangai seperti itu. Ini bukan kali pertama dia mandi, dah berkali-kali..... Ada sahabat-sahabat yang tahu apa petua untuk mudah mandikan kucing.
Sebagai hukuman selepas dia saya keringkan dan memakai semula tag kucing, saya denda dia masuk kandang hampir 2 jam. Dia bising minta keluar tapi saya buat tak tahu saja... lebih menyakitkan hati dia - saya makan depan dia. Menjadi keseronokan Oky mengendeng (bahasa orang Melaka) minta makan apa yang saya kunyah, walaupun dia baru sahaja makan. Yang sebenarnya saya kasihan melihat dia terkurung tapi dia perlu juga diajar, untuk berkelakuan baik... kan?
2 comments:
Salam Puan,
Saya pernah terbaca dalam satu artikel yang mengatakan kucing secara fitrahnya tidak suka pada air ataupun basah. Sebab itu, kita tidak pernah lihat kucing yang suka bermain air.
Saya rasa mungkin kekerapan Smocky dimandikan boleh dikurangkan untuk mengurangkan stress kepadanya.
Maaf sekiranya tersalah tulis.
Terima kasih atas nasihat, tak salah tulis pun... itu nasihat yang baik.... biasanya saya mandikan smorky setiap hari Jumaat petang, itupun bila hari panas. Cadang nak mandikan dia esok tapi mungkin saya kena fikirkan semula kot.
Smorky kena mandi kerap sebab bulu dia yang panjang dan dia sangat suka bergolek atas tanah dan rumput, tapi suka pulak tidur atas katil... untuk buang habuk pada badan dia saya akan lap badan dia dengan tisu basah je nanti.
Apa pun tengok camna. Terima kasih sekali lagi.....
Post a Comment