Dah tiba masa untuk JLD 800 untuk mengunjungi kliniknya, iaitu Toyota Service Centre (TSC), itulah tempatnya JLD 800 sering mendapat pemeriksaan dan rawatannya. Saya ambil cuti sehari untuk memastikan semua pemeriksaan dan rawatan sewajarnya dilakukan dengan sebaik mungkin. 3 hari sebelum tarikh yang ditetapkan saya telahpun membuat tempahan selenggaraan bagi kereta ini dan jadual saya ditetapkan pada jam 8.30 pagi. Jadi pada tarikh tersebut saya tiba di TSC jam 8.10 pagi dan kereta saya terus di daftar dan dibuat pemeriksaan awal.
Encik Lokman adalah supervisor yang mengendalikan senggaraan kereta saya kali ini. Beliau sedang membuat pemeriksaan awal sebelum JLD 800 di bawa ke bahagian selenggaraan. Banyak juga perkara yang perlu dilakukan terhadap kereta ini termasuk membuat alligment, cuci body dan cuci enjin.
Sementara menunggu JLD 800 siap diselenggara, pihak syarikat menyediakan ruang menunggu yang selesa, sayangnya selalu talian internet dan juga wifi TM di sini bermasalah. Nasib saya baik kerana saya sentiasa membawa bersama saya sebuah novel, jadi tidaklah saya membuang masa selama 4 jam begitu sahaja. Alhamdulillah tepat jam 12.30 tengahari kereta saya siap diselenggara dan jadual selenggaraan akan datang adalah pada bulan Disemnber ini. Saya amat berterima kasih kepada Encik Lokman atas kerjasamanya. Saya juga amat berharap agar talian internet dan wifi telah dinaiktaraf pada kunjungan saya yang akan datang. Insyallah....
No comments:
Post a Comment