Pada 18 Jun 2013 merupakan kali pertama saya makan bersama dengan staf di pejabat lama saya (UPT) setelah saya bertukar ke Unit baru (PTK). Walaupun tak dapat bersama dengan kesemua mereka, tetapi memadailah saya dapat keluar bersama dengan Mas dan Ani.
Kami makan di Restoran Pinag Masak, tidak jauh dari pejabat kami. Makanan di sini memang menjadi kegemaran saya kerana bertepatan dengan selera saya. Foto atas Mas dan Ani sedang setelah kami selesai menjamu selera.
Kalau dulu restorant ini menjadi tempat kunjungan saya dan rakan baik saya iaitu Hijjah dan Surayati. Kini semuanya tinggal kenangan apabila kami masing-masing terpisah kerana tugas. (Macamlah jauh sangat terpisah kan?)
Saya dengan pos biasa... Peace no war.
Mas dan Ani dengan posing masing-masing, tangkap lentok!!!!. Terima kasih atas kesudian anda berdua menemani saya makan tengahari... kalau ada rezeki dan masa insya Allah kita boleh keluar makan lagi.
No comments:
Post a Comment