25 June 2013

Suatu Hari Di Awal Pagi di Jabatanku

Gambar ini saya ambil pada awal bulan Jun 2013, iaitu semasa saya baru-baru bertukar pejabat di Blok A Duta 1, JPWPKL. Pagi ini cuaca sangat hening dan damai sekali. Selepas memanjat tangga-tangga pejabat sehingga ke tingkat 3, saya mengambil angin untuk menghilangkan lelah, maklumlah baru memanjat tangga kerana sebelum ini saya menggunakan lif walaupun untuk ke tingkat 1 lebih tinggi atau lebih rendah... manjanya badan.

Cuba tengok langitnya.... cantikkan biru dan kelihatan disebalik pokok kayu 2 menara Masjid Wilayah dan sebuah tiang lampu limpah Stadium Hoki Jalan Duta. Memang seronok apabila dapat menikmati keindahan alam di awal pagi. Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya diberikan pengalaman baru dan sempat menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt.

Nun di kejauhan tu terdapat 3 buah blok bangunan Kerajaan yang berdiri megah, walaupun usia bangunan itu telah agak tua, namun ianya masih lagi digunakan. Itulah dia Kompleks Kerajaan Jalan Duta, dulu kompleks ini menjadi kemegahan perjawat awam kerana di sinilah semua pejabat-pejabat utama Kerajaan Malaysia berada, tetapi kini kebanyakan pejabat-pejabat tersebut telah pun berpindah ke Kompleks Kerajaan Putrajaya.

No comments: