Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
29 November 2012
Kasihan Atau Sedih?
Hari ini saya mengalami peristiwa yang tidak mungkin saya lupakan dalam hidup saya. Selama 30 tahun saya berkhidmat dalam Kerajaan Malaysia, belum pernah saya ditengking oleh seseorang, tetapi itulah yang berlaku pada hari ini... saya tergamam dan terkejut kerana dilakukan begitu oleh seorang pegawai perempuan yang baru sahaja kembali dari tanah suci kerana mengerjakan haji, kalau tidak silap belum sebulan pegawai tersebut balik dari ibadat tersebut. Mungkinkah itu adalah dugaan bagi seseorang yang telah 'suci' dari segala dosa? Apabila semua catatan dalam 'buku' sudah dibersihkan di hadapan Kaabah, tetapi sayangnya apabila 'buku' tersebut terpalit sedikit tanda hitam yang tidak sepatutnya begini cepat .......
Mulanya berbelah bagi juga saya untuk mencoretkan peristewa ini (Hari Ini Dalam Sejarah) dalam blog saya ini, tetapi saya rasa ianya perlu juga diabadikan supaya ianya boleh mengingatkan saya kembali (dikemudian hari nanti - mungkin selepas bersara), oleh itu ada baiknya juga saya tuliskan sedikit rasa hati/ perasaan dan pandangan saya di sini untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat. Ambillah yang baik untuk dijadikan panduan dan yang kurang baik dijadikan sempadan.
Perkara yang timbul itu sebenarnya bukanlah besar sangat, kerana pada saya hubungan mutual antara warga sesebuah organisasi sangat membantu dalam melicinkan perjalanan operasi sesebuah organisasi itu. Sejauh ini kami (khususnya di Unit tempat saya bertugas) sedia memberikan kerjasama kepada mana-mana sektor/ unit dalam organisasi ini bagi tujuan menyelenggara atau menambahbaik - rupanya bukan semua warga organisasi ini mempunyai perasaan atau hasrat yang sama.
Minggu ini unit kami sendiri telah didatangi oleh pembekal/ syarikat yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan mengenai ICT, walaupun tiada memo yang mengatakan ada pembekal/ syarikat akan datang membuat selenggaraan itu pada masa-masa dan tarikh-tarikh tertentu, kami tetap terima dan memberikan kerjasama kepada mereka. Memanglah apabila membuat kerja-kerja penyelenggaraan bunyi bising, berabuk, ketidakselesaan yang disebabkan oleh penyelenggaraan tersebut akan berlaku tetapi memikirkan kebaikan organisasi itulah harganya - pengorbanan perlu bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Yang sebenarnya kami pun tidak pernah menerima memo memaklumkan pembekal/ syarikat akan melaksanakan sesuatu kerja sejak dari saya menyertai organisasi ini.
Apa pun ini hanya pandangan saya sahaja.. jika tidak dipersetujui saya mohon ampun dan maaf sahajalah, walau bagaimanapun sebagai insan dan hamba Allah perlulah muhasabah diri sendiri, saya menasihati diri saya dan sahabat-sahabat sekelian supaya lebihkan bersabar dan ingatlah bahawa syaitan itu akan menghasut anak cucu Adam dari pelbagai sudut.
Maafkan saya jika ada sahabat-sahabat yang terasa. Akhir kata agaknya apakah perasaan saya ya adakah kasihan atau sedih?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
tu la jgn cpt melenting n menuding jari pada org lain sedangkan diri kita sendiri n org di bawah kita blm tentu benar2 perfect...kerja biar betul2 bagus jgn macam BAGUS!!!
Adakalanya kedudukan, harta kekayaan dan rupa paras menjadikan seseorang lupa akan hak martabat (harga diri) orang lain. Ketinggian ego seseorang juga membuatkan insan lain dilihat lebih rendah dan bagi mereka patut dan perlu diherdik. Manusia begitulah...
Pegawai Kerajaan di Malaysia biasanya mempunyai sikap begitulah, kalau dia mempunyai pangkat lebih tinggi semua yang dia cakap betul je org lain semua tak betul. Nak tegur pun serba salah... dan memang menakutkan bila mereka marah tanpa usul pereksa. Lebih menakutkan bila ada org cucuk.... bersabar je
Pada saya sebelum ambil sebarang tindakan kenalah pereksa dulu, tanyakan kepada pegawai bertanggungjawab. Dalam hal ini minggu lepas seorang staf di Unit saya telah pun berbincang dengan pegawai di Unit mereka dan telah mencapai kata putus untuk memulakan kerja-kerja pada minggu ini. Sayangnya saya bercuti minggu lepas dan tidak mengetahui perkara ini. Apa lagi kena herdik free lah saya. Tak pelah demi perkhidmatan... kah kah kah. saya reda' lah dan ambil iktibar. Astagrafirullah... semoga diampunkan oleh Allah akan kami semua.
Sahabat Rasulallah pernah meminta nasihat dari baginda dan baginda menyatakan sebanyak 3 kali iaitu jangan marah. Buat apa nak marah-marah... menjatuhkan air muka kita sendiri... apa pun bersabar saja lah kerana itu lebih baik
Kepada semua kawan-kawan yang memberi komen di atas, terima kasihlah... terasa reda sedikit rasa hati saya. Tetapi memang betul marah itu mainan syaitan, kerana marah menjadikan seseorang manusia menjadi panas seperti kejadian syaitan itu. Semoga Allah melindungi kita dari kejahatan dan hasutan syaitan hendaknya. Ameen.
Salam Kak Deni... apa yg berlaku sudah pasti ada hikmahnya.. Memang menyakitkan hati dan pasti perasaan kita terganggu.. apa pun, bersabar dan mohonlah keampunan dari Allah Taala... Dia jua lah yg tahu akan maksud dan tujuan kita... moga Allah melindungi kita sentiasa... ameen
Walaikumusalam Mie, sememangnya akak reda' terhadap apa yang berlaku terutamanya terasa pada diri sendiri semasa akak baru sahaja balik dari mengerjakan ibadah haji pada tahun 2006 dulu. Tapi itulah agaknya dugaan yang Allah berikan kepada pegawai itu, untuk menguji akan kesabaran atau karisma beliau dalam menangani krisis. Rupanya Rasulallah saw berulang kali menasihati umatnya supaya bersabar hanya iman yang menentukan seseorang itu berjaya mengatasi emosi amarahnya. Sekian terima kasih atas nasihatnya.
Post a Comment