Saya pernah merasai kehidupan di musim sejuk sehingga -1 darjah celcius. Subhanallah memang tidak tertahan rasanya, maklumlah kita dari kawasan yang panas. Itupun heater terpasang sepanjang hari, apabila tidur malam kami menggunakan elektrik blanket dan semasa keluar dari premis kami memakai pakaian yang tebal dibuat dari bulu kambing. Tetapi bayangkan mereka yang tiada semua keperluan di atas, mereka mungkin boleh kehilangan nyawa kerana terlalu kesejukan.
Jadi sama-samalah kita menyumbang lebih sedikit pada musim sejuk ini, supaya insya Allah swt kita dapat membantu mereka. Memang kita tidak mengenali mereka, tetapi kita membantu adalah atas nama Allah swt.
Kita sama-sama berkongsi rezeki kurniaan Allah swt dengan saudara-saudara kita di Syria yang kini amat memerlukan bantuan kita.
Semoga Allah swt jua yang akan membalas budi baik tuan/ puan. Terima kasih atas sumbangan.
No comments:
Post a Comment