25 October 2013

Oky dan Anaknya


Dipersembahkan anak kucing saya yang baru. Ini adalah anak Oky yang sulung, dan yang kedua 3 jam selepas itu. Oky telah selamat melahirkan mereka pada 18 Oktober 2013 sebelah petang dan malam. Saya lihat Oky sangat sayang sekali pada kedua-dua anaknya.

Suara kedua-dua anak kucing ni kuat dan selalu buat saya terkejut dari tidur. Mungkin Oky baru sahaja jadi ibu dia selalu terhempit anaknya sendiri. Pernah sekali, kepala salah seekor anak dia tersepit di celah besi kandang. Nasib baik saya berada di rumah dan terdengar suara Oky yang kuat, mungkin minta pertolongan. jadi dapatlah saya lepaskan kepalanya yang kecil tu dari jaring.

Dua beradik yang sedang nyenyak tidur bergulung sesama mereka. Kadang kala saya usik telinga mereka sebab geram sangat, tapi mereka ni kecil sangat jadi saya takut untuk pegang. Tak sabar nak tunggu mereka besar....

No comments: