22 October 2013

Mengapa DAP Menang Besar Pada PRU13

1.   DAP menang besar pada PRU13 baru-baru ini kerana kaum cina adalah kaum no.1 yang begitu rajin mendaftar sebagai pengundi. Lebih-lebih lagi orang cina di Negeri Selangor. Tetapi bagi orang Melayu, mereka tidak begitu rajin untuk mendaftar. Malah ada orang Melayu yang bekerja di dalam kerajaan sendiri tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi kerana malas dan yakin BN masih akan menerajui negara lagi. Inilah sikap orang Melayu yang suka ambil sikap sambil lewa.

2.   Jika seluruh orang Melayu mendaftar dan keluar mengundi dalam jumlah yang besar, kuasa pengundi Melayu akan menjadi sangat kuat sehingga orang cina tidak mampu berkata apa-apa lagi.

3.   Di Pulau Pinang sebagai contoh, kaum Cina hanya mempunyai 45% daripada penduduk. Secara logiknya mereka tidak boleh memenangi pilihan raya sendiri. Bagaimanapun apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah Cina mendapat 53.38 % daripada pengundi berdaftar, sedangkan jumlah penduduk kaum cina hanya 45% sahaja. Ini terjadi kerana orang cina di negeri-negeri lain membantu dan menukarkan alamat mereka supaya dapat mengundi di Pulau Pinang. Ia bertujuan untuk memastikan parti DAP serta KM Lim Guan Eng akan terus memerintah negeri itu.

4.   Orang Melayu di Pulau Pinang pula membentuk lebih 46% daripada jumlah penduduk di Pulau Pinang. Namun orang Melayu yang mendaftarkan diri sebagai pengundi hanyalah 35.7%. Jadi, walaupun kesemua 35.7% pengundi Melayu yang keluar mengundi memilih Barisan Nasional, mereka tidak akan menang untuk melawan DAP. kerana orang yang mendaftar mengundi hanyalah 35.7% dari jumlah 46%. Jika berdasarkan jumlah penduduk Melayu di Penang, mereka mempunyai peluang untuk menakluki Penang semua dengan syarat kesemua 46% orang Melayu mestilah mendaftarkan diri sebagai pengundi dan mengundi BN. Tetapi ini tidak akan terjadi kerana orang Melayu yang berminat mengundi hanyalah sebanyak 35.7%, ditambah dari 35.7% akan terpecah undi kepada dua, yakni undi Melayu BN dan undi Melayu pembangkang.

5.   Jadi, walaupun orang Melayu adalah bangsa majoriti tipis sebanyak 46% di Penang (hampir majoriti walaupun kadarnya dilihat sebagai 50 melayu-50 cina), tetapi ia sama sekali tidak akan berguna kepada orang Melayu Penang untuk menguasai politik kerana bilangan orang Melayu yang berdaftar pengundi di Penang hanyalah 35.7% berbanding kaum cina sebanyak 53.38% yang mendapat bantuan pendaftaran dari cina-cina negeri untuk menguasai undian. Ini menampakkan, apa guna menjadi bangsa majoriti jika orang Melayu tidak mendaftar sebagai pengundi?

6.   Jika dilihat pada statistik pendaftaran pengundi cina di KL, ia lebih mengejutkan kerana sebanyak 52.15% orang cina mendaftarkan diri sebagai pengundi di KL walaupun penduduk kaum cina di KL hanyalah 43.2%, ini sekali lagi terjadi kerana sebanyak 43.2% orang cina di KL hampir kesemuanya sudah mendaftar dan mereka sekali lagi mendapat bantuan dari penduduk cina di negeri lain untuk mengukuhkan DAP menang di KL.

7.   Orang Melayu yang tinggal di KL pula mempunyai majoriti penduduk sebanyak 50%, yakni lebih besar dari majoriti orang cina di KL. Tetapi sekali lagi mereka yang mendaftarkan diri sebagai pengundi di KL hanyalah sebanyak 37.5 % sahaja. Jadi, walaupun sebelum hari mengundi, pengundi Cina yang berdaftar telah mengatasi bilangan pengundi Melayu yang berdaftar iaitu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Jadi orang Cina sudah pasti dan yakin akan memenangi orang Melayu walaupun sebelum Parlimen dibubarkan.

8.   Ia adalah benar-benar tidak berguna jika anda adalah satu bangsa majoriti tetapi bangsa anda tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi. Ini telah terjadi di penang dan kita kena ingat. Sudahlah orang Melayu berpecah kepada banyak parti. Ditambah pula orang Melayu malas untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi, ini hanya memberi ruang kepada orang cina untuk menguasai dan merancang strategi dengan lebih berkesan. Oleh itu, apabila SPR berkata "kami mempunyai 80% pengundi yang keluar mengundi" mereka tidak merujuk kepada bilangan penduduk Malayia. tetapi SPR merujuk kepada mereka bilangan pengundi yang berdaftar sahaja!

9.  Walaubagaimana pun, peningkatan tetap ditunjukkan di setiap negeri. Admin Ambil contoh keputusan di Kuala Lumpur:
i) 20% cina meningkat memberi undian kpd DAP
ii) 5% india meningkat memberi undian kpd PKR
ii) 2% Melayu meningkat memberi undian kpd BN

10.  Dari angka peratusan ini, kita dapat melihat bahawa PKR dan PAS telah kehilangan sokongan daripada orang Melayu berbanding pada tahun 2008. Ini adalah berita yang mengejutkan bagi semua orang kerana pandangan umum orang cina adalah orang Melayu juga tidak akan berpihak kepada BN. Dengan ini sebenarnya orang cina telah mendapat pengesahan bahawa tanpa sokongan dan persetujuan dari orang Melayu, slogan dan konsep "UBAH" tidak dapat dibuat.

11.  Kerakusan DAP untuk memerintah negara dengan selalu membawa isu penentangan terhadap hak Melayu bumiputera, tanah Melayu, Kuasa raja-raja, Agama Islam sebagai agama rasmi telah menyebabkan orang Melayu menjadi takut dengan slogan dan konsep "UBAH" mereka. Lalu segelintir orang Melayu PAS dan PKR telah menghasilkan sedikit peningkatan kepada kempimpinan UMNO melalui Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu.

12.  Kemenangan Umno sebenarnya adalah hasil daripada pengundi luar bandar iaitu menjadi sebagai jentera kukuh BN. Pengundi luar bandar secara terus menerus memberi sokongan kepada BN kerana mereka masih mengingata jasa BN yang banyak membantu mereka. Dan pada masa yang sama, strategi PKR dan DAP terlalu fokus kepada penduduk bandar dan golongan elit sahaja. Pengundi luar bandar tidak nampak sebarang pertolongan dari pihak Pembangkang yang selalu fokus pada golongan bandar dan elit, lalu BN telah mengambil peluang ini dengan memberi wang tunai BR1M yang juga telah memainkan peranan penting dalam. Jika dilihat respon, ramai orang dibandar kurang mendapat bantuan BR1M, kerana BN telah tahu dapat membaca dimana hanya pengundi luar bandar sahaja dapat mereka kekalkan sokongan. Pengundi rakyat di bandar sudah menunjukkan penolakan secara besar-besaran hasil dari gegaran maklumat dari Red Bean Army yang mengoncang pemikiran rakyat di bandar.

13.  Analisi keputusan PRU13 secara total menunjukkan:
       i) Barisan Nasional peroleh 61.6 % undian Melayu
      ii) Pengalihan undian Melayu kepada BN yang terbesar adalah di Kedah dan Kuala Lumpur

14.  Kajian admin ini mengesahkan sokongan orang Melayu luar bandar kepada BN meningkat secara besar dikawasan luar bandar dan sokongan orang Melayu bandar kepada BN menurun secara besar di kawasan bandar contohnya Selangor. Pada PRU13 yang lalu, terdapat 119 daerah Melayu, dan hanya 20 dianggap bandar. BN menyapu 78 daripada 99 kerusi Melayu luar bandar tetapi dibandar BN hanya mampu menyapu 5 daripada 20 kerusi bandar. PM admin di Inbox page untuk senarai penuh barangan cina DAP dan Melayu

-KETUA PENGAKAP FF-
www.facebook.com/BoikotBaranganCinaDAP

No comments: