Landasan monorel merintangi betul-betul di hadapan bangunan Hotel Grand Session KL. Lama betul saya tidak ke sini, tarikh terakhir saya di hotel ini pada tahun 2010 semasa persidangan Penolong Pegawai Tadbir Kementerian Pertahanan yang di adakan di hotel ini selama 2 hari.
Kali ini saya bertugas sebagai Jawatankuasa Pendaftaran bagi Majlis Jasamu Dikenang, iaitu majlis persaraan bagi pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan KL.
Di hadapan bangunan ini adalah Hospital Besar Kuala Lumpur. Jalan raya nampaknya kurang sebuk, mungkin masa ini semua orang masih lagi di dalam pejabat masing-masing atau mungkin ramai penduduk KL menggunakan monorel untuk bergerak.
Permandangan KL dari jendela hotel ini.
Tu dia monorelnya, lama saya tunggu baru dia muncul. Terus terang saya belum pernah menaiki monorel ini lagi.
No comments:
Post a Comment