17 October 2013

KISAH KAUM SODOM PENGGILA LGBT

Masyarakat Sodom adalah masyarakat yang rendah paras moralnya dan rosak akhlak. Masyarakat Sodom tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab.

Maksiat dan kemungkaran bermerajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang. Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseksual (liwat) di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya.

Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermerajalela di dalam masyarakat sehinggakan ia merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sodom.

Seorang pendatang yang masuk ke Sodom tidak akan selamat dari diganggu oleh mereka. Jika ia membawa barang-barang yang berharga maka dirampasnya barang-barang tersebut, jika mereka melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawa mereka akan terancam.

Sekiranya pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok maka dia akan menjadi rebutan di antara mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji kaum lelaki dan sebaliknya jika si pendatang itu seorang perempuan muda maka ia menjadi mangsa bagi pihak wanitanya pula.

Kaum Sodom ini juga derhaka terhadap Allah dan rasulNya Nabi Luth as, maka ditimpakan bala bencana besar berupa gempa bumi yang kuat dan hebat disertai angin yang kencang dan hujan batu sijjil yang menghancurkan dengan serta-merta.

[80]   "Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

[81]    “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.

[82]     "Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri”.

[83]     "Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.

[84]      "Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan. [Surah Al-A'raaf : Ayat 80 - 84]

Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran juga terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah di antaranya:

surah "Al-Anbiyaa" ayat 74 dan 75;
surah "Asy-Syu'ara" ayat 160 sehingga ayat 175;
surah "Hud" ayat 77 sehingga ayat 83;
surah "Al- Qamar" ayat 33 sehingga 39; dan
surah "At-Tahrim" ayat 10 yang mengisahkan isteri Nabi Luth yang mengkhianati suaminya.

Semoga bermanfaat difikir-fikirkan dan diambil iktibar daripada kisah ini.

Allahu'alam... Wassalam

Sumber: Public Secret

No comments: