Semalam iaitu pada 29 Oktober 2013, ibu kepada jiran dan sahabat saya, Ana telah menyahut panggilan Illahi. Ibu Ana meninggal selepas waktu subuh. Semalam saya dah tiba di opis apabila Ana telepon menyampaikan berita ini. Saya terus balik ke rumah, alhamdulillah sepanjang perjalanan tiada halangan dan lalu lintas bergerak dengan lancar.
Kaum wanita mengadakan tahlil ringkas sementara menunggu van jenazah tiba untuk menyempurnakan urusan di Masjid Ubudiah Ampang. Masjid ini lengkap mempunyai kamar untuk memandi dan mengkafankan jenazah serta disediakan petugas yang arif dalam urusan ini.
Saya dan jiran-jiran yang lain berkumpul di masjid sementara menunggu azan zohor, kerana jenazah akan dikebumikan selepas zohor. Antara jiran yang juga hadir adalah Kak Ani (isteri Abang Jaafar) dan Timah.
Selepas disembahyangkan kami menuju ke tanah perkuburan baru, iaitu Tanah Perkuburan Taman Bukit Teratai. Tanah perkuburan ini tidak jauh dari kawasan perumahan kami.
Kalau tidak silap tanah perkuburan ini baru sahaja dibuka pada hujung tahun 2012, namun sudah ramai penghuninya. Semoga Allah swt mengampunkan dosa-dosa saya, dosa ibubapa saya, dosa adik-adik saya dan juga dosa penghuni taman barzah ini. Ameen. . .
No comments:
Post a Comment