Persandingan pasangan Dinie Azureen dengan Muhamed Yazmir telah dilangsungkan pada 27 September 2013 yang lalu, alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan kini sudah sebulan mereka berkahwin. Kelihatan kedua-dua pengantin sedang bersanding di atas pelamin serta dihiburkan dengan penari cilik.
Di majlis ini emak dan saya juga dijemput dan kami telah tiba agak awal, bagi menunggu majlis bermula tidak ada apa yang boleh dibantu selain dari duduk-duduk sahaja sambil makan apa yang ada di atas meja.
Juadah malam itu adalah nasi beryani... makanannya sedap, mungkin disebabkan lapar kerana saya mengosongkan perut sebelum datang.
Cenderahati dari pihak lelaki dan perempuan untuk dijadikan tanda hati kepada jemputan yang hadir.
Dewan Perdana Felda hampir dipenuhi oleh jemputan
No comments:
Post a Comment