Bulan haji (Zulhijjah) dah tiba lagi . . . tahun ini adik saya Azman dan isterinya Aziah telah menerima jemputan Allah untuk ke sana. Alhandulillah sudah 6 hari mereka di sana dan hari ini kami menerima berita mereka dalam keadaan sihat wal afiat. Saya mendoakan setiap hari semoga Allah mempermudahkan segla urusan dan ibadat mereka di sana, dikurniakan kesihatan yang terbaik semoga mereka berdua berjaya untuk melaksanakan ibadat ini. Setiap kali melihat TV menyiarkan apa sahaja mengenai haji saya terasa hiba dan sayu kerana saya tidak tahu bila agaknya Allah nak jemput saya lagi ke sana. Memang rasa rindu - sedangkan saya baru saja mengunjungi Mekah dan Madinah pada bulan Mac yang lepas tetapi mengerjakan haji dan umrah memang berbeza. Semoga saya berpeluang lagi untuk ke sana. Insya Allah... ameen.
No comments:
Post a Comment