Pada 18 Oktober 2013 yang lalu, apabila saya tiba sahaja di rumah dari menghadiri Bengkel Fail meja di Kuala Lumpur International Hotel saya terdengar suara Oky yang sangat kuat dari dalam rumah. Saya sangat terkejut kerana Oky tidak pernah mengeluarkan suara seperti itu.
Sebaik sahaja saya masuk rumah, Oky terus mengeselkan dirinya ke kaki saya dan berjalan ke dalam bilik tidur saya. Saya ikut sahaja dia dan Oky terus sahaja masuk ke dalam kotak yang saya sediakan untuk dia beranak. Oky memang kucing yang manja, sebaik sahaja saya usap dia, dia berhenti berbunyi tetapi Oky gelisah duduk dalam kotak yang kecil. Tak lama kemudian Oky berpindah masuk ke dalam kandang dia di tepi kotak... dia terus berbunyi dengan kuat - saya rasa dia dalam kesakitan, dan apabila diusap dia rasa tenang dan diam.
Ini kali pertama Oky beranak dan masa ini umur Oky baru 8 bulan. Dalam mengusap dia pada jam lebih kurang 6.30 petang Oky lahirkan anak sulung dia. Rupa anak kucing ini sebiji dengan Oky. Saiz dia kecil sangat. Selepas Oky lahirkan yang ini Oky terus diam. Pada jam 9.30 malam Oky lahirkan pula anak dia yang ke 2. Alhamdulillah Oky selamat melahirkan.
Ini kali ke3 saya bidankan kucing saya bersalin, lebih kurang 13 tahun dulu saya juga bidankan kucing saya yang bernama Smorky (jenis kucing parsi) lahirkan 4 ekor anak dia. Masa tu anak dia besar sedikit dari yang ini.
No comments:
Post a Comment