Setiap orang mesti ada 1 atau lebih tahi lalat di muka atau pun di sekitar tubuh badan. Apa rahsianya tahi lalat tersebut? Terdapat kepercayaan orang Melayu mengenai tahi lalat ini, walaupun begitu ianya usah dipercayai dan hanya sebagai hiburan sahaja.
1. Kepala sebelah kanan – terkabul cita-citanya
2. Kepala sebelah kiri – sering menemui kesusahan
3. Ubun-ubun – kurang jujur
4. Pusar – cerdas,tangkas dan tekun
5. Tengah dahi - degil
6. Kening kanan – cergas dan cekap
7. Kening kiri – cergas dan sopan santun
8. Antara dua kening - selalu tak berfikir bila ambil tindakan
9. Kening (dalam kening, celah-celah bulu kening) - Pandai, bijak dan artistik. Bertuah dalam soal kewangan
10. Sudut mata kanan luar – baik budi, ramai yang cinta, seksi dan lemah lembut
11. Sudut mata kanan dalam – disayangi suami atau isteri
12. Bawah mata - Selalu risau tentang anak-anak
13. Biji mata kanan – suka serong dan pembohong
14. Biji mata kiri – pembohong tapi baik hati
15. Alis kanan – baik hati, suka menolong
16. Alis kiri – ramai yang suka
17. Antara mata dan kening atau kelopak mata - Selalu bergaduh dengan ahli keluarga. Bernasib malang dengan kewangan
18. Telinga - Berpendidikan, berakhlak mulia dan sangat bagus
19. Pipi kanan – ramai teman
20. Tengah-tengah pipi kanan – ramai yang suka
21. Tengah-tengah pipi kiri – ramai kawan
22. Hidung – banyak rezeki
23. Batang hidung – banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
24. Bibir atas kanan – banyak rezeki dan pandai
25. Bibir atas kiri – ramai kawan, baik hati
26. Bibir bawah kanan – disegani orang, ramai yang suka
27. Bibir bawah kiri – pandai bicara, tak mudah kalah
28. Hujung mulut kanan – kecil rezeki, tak mudah kalah
29. Hujung mulut kiri – suka berpoya-poya
30. Atas mulut (bahagian misai, tengah-tengah) - Tidak akan dapat ramai anak lelaki atau menantu lelaki
31. Dagu bawah kanan – jujur dan baik hati
32. Dagu bawah kiri – bijaksana, berbudi luhur
33. Leher kanan – cerdas, jujur, berani menderita
34. Leher kiri – cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
35. Leher di tengah – tercapai apa yang dicita
36. Bahu kanan – cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
37. Bahu kiri – suka kerja keras, banyak tangungjawab
38. Dada kanan – dapat mengatasi masalah
39. Dada kiri – berani, jujur dan sabar
40. Buah dada kanan – baik hati, pendiam dan simpan rahsia
41. Buah dada kiri – ramai kawan, setia pada suami atau isteri
42. Punggung kanan – pendiam, simpan rahsia
43. Punggung kiri – lambat, kurang agresif
44. Perut bawah kanan – banyak rezeki, suka memberi maaf
45. Perut bawah kiri – baik hati, tenang hidupnya
46. Pinggang kanan – sayang pada isteri atau suami
47. Pinggang kiri – disayangi oleh isteri atau suami
48. Jari telapak tangan kanan – banyak rezeki tapi boros
49. Jari telapak tangan kiri – banyak rezeki, menyimpan
50. Lengan kanan – setia dan taat pada atasan
51. Lengan kiri – menepati janji dan suka kerja
52. Siku tangan kanan – kuat hendak memiliki kekayaan
53. Siku tangan kiri – baik hati, suka menolong
54. Ketiak kanan – menyimpan rahsia
55. Ketiak kiri – jujur, banyak yang cinta
56. Pergelangan tangan kanan – boros, suka bersukaria
57. Pergelangan tangan kiri – dapat berpangkat
58. Pangkal peha kanan – kemahuan kuat
59. Pangkal peha kiri – suka kerja apa saja
60. Kemaluan kanan atau kiri – baik, suka senggama (bersetubuh)
61. Kepala kemaluan – bakal beristeri dua
62. Betis kanan – suka berpoya, boros
63. Betis kiri – tidak suka menganggur
64. Tumit kanan – jujur, banyak kawan
65. Tumit kiri – baik budi
66. Di telapak kaki kanan – tidak mudah mengeluh
67. Di telapak kaki kiri – baik budi pekertinya
68. Lutut kanan – bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
69. Lutut kiri – kurang berusaha
Di bawah ini pula adalah pandangan dari bangsa Melayu Jawa
1. Kepala - Banyak fikir, bijak/kreatif dalam berfikir banyak pula berangan. Jauh perjalanan
2. Ubun kepala - Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.
3. Dahi - Ada halangan siratulrahim. Mudah dicemburui, tersembunyi rasa iri, benci kawan terhadapnya.
4. Bulu kening kiri - diri ‘berseri’ daya tarikan mata pasangannya namun terselit keperitan di mana sering pula ia menemui kesusahan.
5. Bulu kening kanan - Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap.
6. Bawah mata - Seorang yang amat sensitive, mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi.
7. Hidung – mudah dapat penyakit resdung selsema, sakit kepala, nafas berbau. Disukai ramai. Murah rezeki.
8. Pipi kiri/ kanan - ditakuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh. “Panas” dalam hubungan, pergaulan, sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Ego yang tinggi.
9. Alur senyuman (smiling line) - Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangannya. Murah rezekinya.
10. Alur dagu – Kesihatan, emosi sering terganggu, banyak halangan dalam mencapai sesuatu yang dihajat.
11. Telinga - Seorang yang keras hati, degil, sukar menerima pendapat orang. Seorang pendengar yang baik.
12. Tahi lalat di tengkuk - gangguan ‘angin’, banyak halangan hidup masalah kesihatan, banyak fikir dan kusut, tidak tenteram, sukar tidor
13. Leher – mudah kembong perut dan masalah lendir, kahak.
14. Bahu kiri – banyak halangan hidup. Tidak disukai ramai, Mudah dijangkiti angin-jahat.
15. Bahu kanan - Banyak tanggungan. Halangan siratulrahim, kasih sayang dan pergaulan terbatas. Dicemburui hidupnya, angin.
16. Dada – Ramai kawan, mudah ditipu dalam perniagaan mahupun dalam kasih sayang.
17. Belakang badan - Kesihatan terganggu: sakit urat saraf, di belikat, pinggang, pinggul, mudah dihinggapi angin-jahat. Banyak halangan hidup, fikiran sering kusut dan tidak tenteram. Mudah mendapat stress (tekanan).
18. Bawah payudara - Hidupnya penasaraan , menjadi perhatian ramai.
19. Bawah perut - masalah kesihatan, kembong, usus, buasir, lemah nafsu syahwat, kurang air mani, mudah mendapat gangguan angin-jahat, mudah stress.
20. Peha kiri atau kanan - Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh, halangan rezeki.
Jadi dah tengok ke di mana tahi lalat di wajah atau tubuh kita dan adakah rahsi yang dikatakan di atas sama atau sebaliknya. Apa pun semuanya adalah ketentuan Allah jua adanya. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment