10 October 2013

OldTown White Coffee dan Surah Aura

1.   Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan ahli Parlimen DAP Taiping, Perak di mana dia adalah hasil pilihan orang-orang Melayu Taiping. Pemilik OldTown ini berkata mahukan tanah rezab melayu dibuka seperti diserah sahaja kepada cina untuk mengurus dan memiliki tanah rezab Melayu. Nga Kor Ming selaku salah satu pemilik OldTown White Coffee menambah mengapa kKerajaan Persekutuan tidak mahu lepaskan tanah rezab Melayu melalui geran kekal yang sudah dipersetuju oleh Kerajaan Negeri?

2.   Seorang lagi rakan kongsi pemilik OldTown White Coffee iaitu Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham pula berkata bahawa air kopi secara asalnya tidak memerlukan sijil halal kerana tuhan tidak pernah berkata demikian dan tuhan tidak pernah meletakkan syarat sehingga susah payah bahawa air kopi perlukan sijil halal. Persoalannya adakah tuhan Ngeh Koo Kham sama dengan tuhan orang Islam?

3.   Nga Kor Ming yang jufa merupakan hasil pilihan orang Melayu Taiping, Perak yang pernah menimbulkan kontroversi kerana membaca ayat Al-Quran surah "Aura" yang tidak ada di dalam Al-Quran pada kempen pilihanraya yang lalu. Surah Aura tidak ada di dalam Al-Quran dan nama surah yang sebetulnya adalah dari surah Al-Nahl.

4.   Terjermahan yang dibacanya adalah betul dari surah Al-Nahl iaitu "Allah menyuruh kita berlaku dengan adil" dan penuh belas kasihan tetapi apa yang dibaca oleh Nga Kor Ming tidak pula dipraktikkannya di mana Nga Kor Ming sendiri tidak pernah berlaku adil apabila tidak memberi peluang kepada bangsa Melayu untuk membuka francais Old Town White Coffee.

5.   Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming telah meletakkan syarat bahawa untuk membuka francais OldTown White Coffee perlulah kaum Cina dan tidak boleh diberi peluang langsung kepada bangsa Melayu. Jadi adakah Nga Kor Ming ini layak untuk membaca ayat Al-Quran serta terjemahannya? Sudahlah salah memberi nama surah yang dibaca, ditambah pula maksud terjermahan ayat itu jauh sekali dipraktikkan. Jadi apakah niat dan tujuan utama dia membaca ayat Al-Quran ini sewaktu kempen pilihanraya?

SUMBER NGA KOR MING BACA AYAT QURAN:
https://www.facebook.com/photo.php?v=317521611712889&set=vb.309394262525624&type=3&theater

SUMBER UTUSAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130710/po_02/Kor-Ming-persoal-mengapa-tanah-rizab-Melayu-tidak-diliberalisasikan

Petikan dari fb Boikot Barangan Cina DAP

No comments: