Melihat veteran tentera mengambil bahagian dalam perbarisan Hari Angkatan Tentera 2013 membuatkan saya rasa sayu, terutama apabila mengenangkan arwah ayah saya yang juga seorang bekas tentera.
Veteran-veteran ini pernah memperjuangkan kedaulatan negara ini, pernah hidup susah sehinggakan ramai yang terkorban semasa operasi. Veteran-veteran ini bukan sahaja terdiri dari bangsa Melayu dan bumiputera tetapi juga ramai dari kaum Cina dan India. Mereka semuanya telah terbukti berjasa dan kita bagaimana?
Semasa kumpulan vateran ATM melintas lalu di hadapan pentas, semua menteri-menteri berdiri memberikan tepukan, mungkin itu tandanya terima kasih mereka kepada bekas-bekas pejuang tanah air dalam erti kata yang lain, mereka ini adalah hero-hero kita dulu yang sanggup menggadaikan nyawa untuk keselamatan dan keamanan negara ini dari pencerobohan komunis dan anasir-anasir luar. Saya tertanya-tanya adakah semua rakyat negara ini berfikir seperti saya? menganggap mereka adalah hero, jika begitu mengapa masih ada lagi rakyat negara ini yang menunjukkan ketaat-setiaan mereka kepada Chin Peng? seorang pengkianat dan perosak bangsa, seorang penjenayah yang telah membunuh ramai nyawa orang-orang Melayu. Chin Peng dari PKM bersama dengan beberapa kaum Cina yang menjadi tali barut kominis bertanggungjawab mengorbankan ramai orang Melayu termasuk saudara-mara saya di Melaka.
Tidak mungkin Chin Peng dapat dimaafkan oleh orang Melayu hanya yang kurang siuman sahaja yang menganggap seorang komunis sebagai sahabat.
No comments:
Post a Comment