Kalau anda semua nak tahu, ini adalah pokok mangga yang ditanam ayah di hadapan rumah kami. Pokok ini sangat rendang ada kalanya semasa ianya berbuah, buahnya sangat rendah dan boleh dicapai oleh anak-anak kecil.
Selepas ayah meninggal dunia, kami dan Emak tidak menetap di sini, kami balik hanya di hujung minggu atau semasa cuti panjang. Baru-baru ini semasa kami balik ke kampong, pokok ini juga kelihatan sangat terbiar. Dahannya semakin rendang dan rimbun, daun-daun yang gugur menyebabkan halaman rumah nampak tidak terjaga dan tidak kemas langsung. Melihat halaman yang tidak terurus sayunya hati saya kerana selama ayah ada, tidak pernah halaman rumah kami seperti ini.
7 biji buah mangga yang masih muda dan sangat rendah hampir mencecah bumi. Masa ayah ada dulu ayah juga rajin membalut buah mangga ini supaya tidak rosak. Terdapat beberapa biji buah mangga yang telah rosak, sayangnya tapi apa nak dibuat.
Saya amat berharap agar saya ditakdirkan bertukar ke Melaka dalam masa terdekat ini, supaya saya dapat menetap di rumah ini bersama dengan emak. Sekarang ini saya seperti kehilangan akar umbi keluarga, sudah tidak tahu hendak ke mana setelah rumah ini terbiar tanpa penghuni.
No comments:
Post a Comment