Saya mewakili Ketua Unit Pentadbiran Am (UPT) menyampaikan cenderahati dari semua warga UPT kepada Puan Hadijah (Tok Jah) sempena persaraan beliau.
Hari ini adalah hari terakhir Tok Jah bertugas di JPWPKL dan selepas ini kalau beliau datang ke pejabat pun atas urusan persendiriannya atau untuk berjumpa dengan kami kawan-kawannya.
Dengan senyuman semuanya mengucapkan selamat bersara dan kami semua mohon ampun dan maaf darinya jika ada yang terguris di hati.
Selamat maju jaya dan jangan lupakan kami di sini.
No comments:
Post a Comment