Inilah antara gerai makan yang ayah pernah suka dulu. Kini ianya menjadi kegemaran kami pulak. Di sini disediakan sarapan pagi dan makan tengah hari juga. Pelanggan gerai ini bukan sahaja orang Melayu tetapi juga pelbagai bangsa. Roti canai dia puuhhhh terbaik dari ladang. Tak percaya cubalah.....
Ammar sedang menikmati roti canai dan roti telur, itu adalah antara favorite Ammar.
Shimah dan Ain pula menikmati hidangan masing-masing.
Nak sikit? Saya order roti dan juga mee goreng dengan air kopi O. Saya makan dulu!!!
Kami makan roti canai dan yang tengah tu adalah mee goreng basahnya yang juga sangat sedap dan pedas. Tapi mak makan mee rebus.
Bagi anda yang menetap di Jasin tentunya tahu gerai ini yang terletak di Kelubi.
1 comment:
Baru makan sarapan kat AZ Rishah...jalan Merlimau-Jasin. Mabeles. Pagi ada itik rendang. Nasi lemak ohsem
Post a Comment