Balik cuti yang lalu (cuti Krismas 2012) emak, Ain dan saya mengemas dan menanam pokok bunga di pusara ayah. Lama juga saya dan adik-adik tidak ke pusara ayah dan nampak sedikit semak dah mula merebak di kawasan pokok bunga yang ditanam.
Alhamdulillah, kawasan pusara ayah masih lagi bersih, hanya yang ada banyak bekas-bekas tapak kaki kucing di atas pusara ayah. Nasib baik ada juga pengunjung yang menziarahi ayah. Kelihatan Ain sedang sibuk mencabut rumput yang telah menyangkit di kawasan pokok bunga.
Ain masih lagi sibuk manakala mak memerhatikan pusara yang lain.
Sisebabkan rumput yang tumbuh lebih tebal dari pokok bunga yang ditanam, akhirnya kami mengambil keputusan untuk mencabut semua pokok dan menanamkannya semula setelah tapak tempat bunga ini dikemas.
Tengok tu siap dengan perkakas kebunseperti gunting dan parang.
Kan dah kemas nampak lebih kemas dan bersih. Tidak tahu bilalah lagi kami berkesempatan untuk menziarahi ayah lagi. Selama ini Ain dan Emak yang selalu datang ke sini, dan setelah Ain bertugas di Johor Bharu awal tahun ini, kerana jarak yang jauh mungkin pusara ayah akan jarang diziarahi.
Sedih juga bila difikirkan pusara ini akan sepi dari pengunjungnya, walaupun kami mendoakan kesejahteraan ayah di alam barzah setiap hari yang pastinya selepas setiap solat fardu, tetapi melihat pusaranya membuatkan kami merasakan lebih dekat dengan ayah.
Selamat tinggal ayah, kalau ada umur insyaallah kami akan datang lagi.
No comments:
Post a Comment