Road-tax dan Insurans kereta saya akan tamat tidak lama lagi. Seperti biasa saya sudah bersedia untuk pemperbaharui kedua-duanya. Bagi insurans kereta, pemegang insurans akan diberikan discount jika mereka tidak pernah membuat tuntutan insurans pada tahun itu. Ianya dikenali sebagai No Claim Discount (NCD). Tahukah anda apakah itu NCD? dan bagaimana formulanya.
APAKAH NCD? Sebagai salah seorang pemilik kenderaan bermotor terutamnya kereta, kita perlu tahu apa kah yang di maksudkan dengan NCD dan adalah lebih baik jika kita mengetahui kesemuanya tentang NCD dan perkara lain. Berbalik kepada NCD, ia adalah perkiraan diskaun yang diberikan kepada pemegang polisi (atau pemunya kenderaan berdaftar) pada tahun pembaharuan jika kenderaan motor itu tidak menanggung apa-apa insurans atau tidak menuntut sebarang bayaran akibat kemalangan yang berlaku pada tahun itu (hasil daripada kesalahan pemilik sendiri) tuntutan ke atas polisi sebelumnya. Peratusan diskaun yang dibenarkan akan meningkatkan pada setiap tahun pembaharuan polisi dengan syarat tiada apa-apa tuntutan yang dibuat ke atas insurans tersebut. Diskaun NCD adalah tertakluk kepada maksimum seperti yang ditetapkan dalam polisi (tarif format).
Di bawah adalah ilustrasi bagi NCD dan kelayakan:
Tiada Tuntutan Diskaun - Tuntutan bebas pelbagai
Tahun KOMERSIL MOTOSIKAL KENDERAAN PERSENDIRIAN
Tahun 1 0% 0% 0%
Tahun 2 25% 15% 15%
Tahun 3 30% 20% 20%
Tahun 4 38 1/3% 25% 25%
Tahun 5 45% 25% 25%
Tahun 6 55% 25% 25%
Tahun 7 55% 25% 25%
No comments:
Post a Comment