1 Januari biasanya hampir keseluruhan negeri di malaysia menyambutnya dengan bercuti. Awal pagi saya keluar rumah untuk menikmati cahaya matahari pagi di awal tahun ini. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan saya peluang untuk terus bernafas dengan sihat di tahun 2013. Semoga tahun ini akan memberikan banyak peluang dan keberkatan kepada saya, keluarga dan rakan kenalan.
Jalan raya lengang, udara segar dan suasananya sangat nyaman. Saya terfikir adakah saya berpeluang menikmati pagi 1 Januari 2014 nanti, kalau panjang umur insyallah saya akan sekali lagi merakamkannya di sini. Hening sungguh pagi ini, jarang betul saya keluar rumah seawal ini, biasanya di waktu cuti saya hanya akan keluar untuk menjemur pakaian yang dicuci.
Jauh di bawah sana saya lihat matahari sedang memancar walaupun belum begitu terik, tetapi tidak ada tanpa KL akan hujan kerana awan yang melindungi KL kelihatan putih.
Jauh di banjaran Titiwangsa tidak kelihatan Gneting Highland kerana terdapat awam yang melindungi puncaknya, tetapi kalau waktu malam kadang-kala boleh kelihatan cahaya dari pusat hiburan tersebut dari tingkap bilik tidur saya.
Sekali lagi saya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2013 Masihi semoga diberkati Allah hendaknya.
No comments:
Post a Comment