Pada hari Jumaat minggu lepas, iaitu pada 18 Januari 2013, saya beserta rakan-rakan dari JPWPKL yang dilantik sebagai Jawatankuasa 5S Jabatan kami telah menghadiri kursus di Kuala Lumpur Internasional Hotel (KLIH). Saya sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk merakamkan warna KL dari hotel ini.
Permandangan Bandaraya Kuala Lumpur yang saya ambil daripada Tingkat 2 KLIH yang letaknya di Jalan Raja Abdul Aziz tidak jauh daripada Chow Kit. Nun jauh di sana kelihatan bangunan pencakar langit yang membuktikan akan kepesatan KL membangun. Tetapi di bawah tu kelihatan lagi gerai-gerai kecil kebanyakannya kepunyaan orang Melayu.
Dulu kawasan ini kalau tidak silap saya adalah kawasan perkampungan orang Melayu - mereka mewarisinya turun temurun, tetapi dengan kepesatan pembangunan - mereka terpaksa berkorban dengan melepaskan pegangan yang sangat bernilai ini, dan kini telah berkembang dengan beberapa bangunan tinggi.
Tetapi berapa agaknya bangunan kepunyaan orang Melayu.
No comments:
Post a Comment