Kasihannya saya kepada dia, isteri dan terutamanya pada kedua ibubapanya. Semua orang memandangnya dengan sinis tetapi lelaki ini dengan lagak samseng kampongnya terus melahirkan rasa tidak puashatinya. Saya tertanya-tanya kenapa pula dia marah sangat sedangkan teguran yang ditujukan tidak ada kena mengena langsung dengan dia. Tentu isterinya menjadi serba salah dan malu kepada orang ramai. Kalau ibubapanya masih hidup masih tidak apa-apa, tetapi sekiranya mereka berdua sudah meninggal dunia - maka balasan diterima mereka di dalam kubur akibat perbuatan sianak tadi.
Masih terbayang-bayang di mata saya lagaknya seperti Sharif Dol dalam cerita P. Ramlee, mungkin dia rasa orang takut kepada dia dan dia tidak tahu bahawa orang geli hati melihat gelagatnya. Adakah kerana sikap panas barannya membawa dia bersikap kurang bahasa atau kurang a--r.
Kasihan... kasihan dan sangat kasihan. Saya dapat bayangkan bagaimana kalau isteri dan anak-anaknya melakukan kesilapan, maka terhamburlah perkataan yang kurang sesuai dan kurang manis. Melihat kepada air mukanya yang menghampiran awal 40an sepatutnya dia sudah ada perasaan sabar, kerana kesabaran adalah pakaian lelaki Islam.
Saya amat simpati dengan isteri dan kedua ibubapa lelaki ini. saya doakan agar dia insaf dan berubahlah untuk keluarganya kalau tidak untuk bangsa dan agama yang dianutinya.
No comments:
Post a Comment