Semenjak berlakunya beberapa kejadian tsunami dalam tempoh 10 tahun ini, tahukah kawan-kawan bahawa sudut bumi telah tersasar sedikit lebih kurang 20 hingga 40 meter ke arah selatan. Selain daripada fakta geografi, sedarkah kita bahawa itu adalah merupakan petunjuk yang sangat jelas dari pencipta kita Allah swt.
Apakah akibatnya apabila berlakunya perubaha tersebut?? apakah yang mempengaruhi hidup kita seharian.... jawapannya memang ada - iaitu arah kiblat kita juga turut mengalami perubahan. Lama-kelamaan jika tidak diambil perhatian dibimbangi kita akan bersolat dengan membelakangi kiblat. Itu sebabnya pada setiap tahun ada 2 kali kita perlu melihat dan membetulkan kiblat kita.
Selain dari perubahan arah kiblat yang ada satu lagi yang mempengaruhi perubahan di alam semestar ini iaitu pengaruh pada terbitnya matahari. Jika kejadian tsunami terus-menerus berlaku dipercayai bahawa matahari nanti akan terbit dari arah yang bertentangan dengan fitrahnya sekarang ini, dan apabila ini berlaku apakah maknanya?????.
Bukankah itu tanda besar kiamat di akhir zaman? kalau bukan pun bencana hari akhirat, masih sempatkah kita bertaubat sekiranya ditimpakan dengan musibah tsunami? Diterimakah Allah taubat di saat akhir bagi kita yang amat jahil ni? Wahai diriku dan teman-teman sesungguhnya hari qiamat itu sudah semakin hampir.... tanda-tanda qiamat sudah banyak berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar. Tetapi masih ramai di kalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini tidak lain kerana kitab sudah meninggalkan Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Yang dilihat hanyalah rukun Islam yang 5 dan rukun Iman yang 6....tidak lebih daripada itu. Masih ada masa lagi jika kita hendak berbalik kepada fitrah kita - kembali kepadaNya Sang Pencipta yang maha Kuasa. Semoga kita nanti dihimpunkan ke dalam kumpulan orang-orang yang beriman. Ameen.
No comments:
Post a Comment