Teringat masa saya di asrama dulu |
1. Sebelum khatam Al Qur'an;
2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti;
3. Sebelum para muslim meredhai kamu; dan
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.
Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?" Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau hendak tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Bacalah selawat untukku, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu." "Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat"
Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati." "Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah".
Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali. Seterusnya bacalah doa sebelum tidur. Adapun amalan Rasulullah sebelum tidur itu membaca Surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca Suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang. Sebagai suatu perlindungan eloklah kita amalkan membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul semoga kita dijauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.
No comments:
Post a Comment