Cuti 1hb Januari yang lepas saya duduk mengadap komputer untuk meng'organize' harddisk kerja saya. Hard disk (hd) yang mempunyai capasiti yang besar juga akhirnya hampir penuh. Pada 31hb Disember 2012 hard disk tersebut telah terjatuh semasa di pejabat. Yang sebenarnya banyak maklumat dan data serta maklumat media yang saya simpan di dalam hd tersebut. Bimbang data-data hilang maka saya memindahkan beberapa fail ke dalam CD untuk simpanan dan fail-fail yang sudah dipindah itu saya 'delete' dari hd ini.
Dalam masa itulah saya terjumpa folder gambar-gambar yang sudah lama saya 'hilang' dan ada beberapanya yang menjadi kenang-kenangan kepada saya, antaranya foot teratas saya dengan Kapt Fauziah Ali (pada masa itu - beliau berhenti dari perkhidmatan dengan pangkat Majer) dan Kak Yah. Foto di atas saya bersama dengan staf-staf saya iaitu Faezah (kini seorang Chief Clark), Azri dan Kak Hai.
Saya bersama dengan Kak Yah yang dini menetap di utara. Rasanya mungkin Kak yah sudah bersara ataupun di hujung-hujung perkhidmatan. Semoga sihat hendaknya.
Lagi foto saya bersama dengan staf saya Kak Yah, Samsiah (sekarang ini menjawat Chief Clark) dan Kak Hai yang telahpun bersara, kini Kak Hai menetap di Seremban.
Saya bergambar bersama dengan beberapa orang pegawai ATM (Kor Pelajaran) sekarang ini mereka tentunya sudah berpangkat tinggi kot, mereka ini adalah guru-guru di dalam ATM.
Azri, saya, Kak Hai dan Faezah. Sukar untuk kami bertemu kembali kerana masing-masing sibuk dengan urusan dan tinggal berjauhan.
Saya bersama dengan Kak Hai yang sangat malu untuk bergambar dan berposing. Tentu anda perasan kulit saya yang gelap sedikit, kalau nak tahu inilah akibatnya berjemur kerana di zaman inilah saya sedang diamuk kegilaan bermain golf, sanggup kulit menjadi gelap asalkan dapat memukul bola..... maklumlah dapat set golf free daripada Pengarah saya pada masa itu Kol (B) Liew. Kini saya rasa takut pula untuk berjemur.
No comments:
Post a Comment