Ini adalah pandangan saya:
1. Tema Maal Hijrah 1434 adalah Wasatiyah Tunggak Kesatuan Ummah. Tema ini memangnya baik jika ianya dapat dipraktikkan dan hasilnya penyatuan rakyat dapat dicapai, Namun begitu pada pandangan saya tema ini sedikit ringan dan akan menjadi mengelirukan jika ianya tersalah tafsir. Oleh yang demikian Kerajaan perlu mewarwarkan kepada semua rakyat secara jelas akan tema ini. Kesalahfahaman mungkin akan terjadi di kalangan orang Islam sendri apa tah lagi kepada mereka yang bukan Islam.
2. Saya sangat bimbang jika tema ini nanti secara terang-terangan atau secara senyap-senyap dipergunakan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dalam memusnah dan merosakkan akidah umat Islam atau dunia Islam keseluruhannya. Apa yang lebih saya bimbang adakah kemungkinan tema ini menjadikan pergerakan Islam Liberal berkembang biak di Malaysia nanti.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan
wasitiyah? Wasitiyah adalah bahasa Arab yang boleh disama ertikan dengan
pertengahan atau
sederhana dalam bahasa kita. Di sinilah yang membimbangkan saya, telah menjadi fitrah manusia untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik tetapi dengan jalan yang termudah. Disebabkan itu maka telah lahirlah berbagai pergerakan yang mempermudahkan amalan dalam Islam seperti Islam Liberal, kefahaman pluralism dalam beragama dan yang paling ditakuti hasutan dan gerakan memurtadkan orang Islam.
4. Wasatiyah mungkin akan diertikan juga sebagai bertoleransi dalam beragama, tetapi perlu diingat bahawa bertoleransi dalam beragama ini perlu didefinasikan kepada 2 perkara asas berikut:
a.
Bertoleransi dalam Islam. Tiada tolenrasi yang sebenarnya bagi orang Islam dalam menunaikan perkara-perkara fardu. Islam di Malaysia rata-rata dilihat terlalu bertolenrasi dalam mengamalkan Islam, ianya dapat dilihat dalam cara hidup keluarga Islam mulai dari percakapan, pakaian, kehidupan berkeluarga - hubungan ibubapa dan anak-anak sehinggalah pelaksanaan dalam urusan berkerajaan. Toleransi dalam Islam tidak termasuk hasrat seseorang untuk berkahwin dengan sesama jenis, berkahwin dengan pasangan yang berlaian agama, apa tah lagi untuk keluar daripada Islam. Dalam Islam sekiranya seseorang itu terkeluar dari Islam orang itu adalah seorang murtad. Mengikut hukum Islam seseorang yang murtad hukuman yang boleh dijatuhkan kepadanya adalah hukuman mati. Banyak perkara fardu yang perlu difahami orang orang Islam selain daripada Rukum Iman dan Rukum Islam. Carilah ilmu ini supaya kita tidak hanyut terus dalam kejahilan.
b.
Bertolenrasi bukan kepada Islam. Memang tiada paksaan dalam agama, orang Islam memangnya tidak boleh, tidak wajib memaksa mana-mana orang bukan Islam untuk menerima agama Islam sebagai agama anutan mereka. Memilih Islam secara cara hidup hendaklah datang dari diri sendiri dengan ikhlas. Apa yang boleh dan digalakkan dilakukan adalah menerangkan kepada mereka bahawa agama Islam adalah agama yang benar dari Allah dan kemudian berdoa agar Allah sahaja yang memberikan hidayahnya kepada sesiapa yang dikehendakinya.
5. Jadi bolehlah dikatakan bahawa kesederhanaan dalam beragama sangat subjektif dan tidak boleh disapu sekali gus pada semua keadaan. Penjelasan perlu ada dalam diri semua Islam kerana dibimbangi gerakan wasatiyah bakal melemahan Islam secara holistik. Polimik ini harus ditangani oleh Kerajaan, ulama dan orang Islam dengan baik, memang jika dilihat dari sudut liberal tiada signifikan persoalan ini tetapi seperti yang saya nyatakan pengetahuan Islam yang holistik dan mendalam perlu ada dalam diri setiap insan yang beragama Islam.
Sekian... walallahualam