Bulu leher Oky lebih panjang dan menyerupai singa |
Terdapat beberapa ciri Maine Coon yang terdapat pada Oky antaranya Oky mempunyai jari kaki yang lebih jika dibandingkan dengan baka kucing lainnya. Kaki hadapan Oky ada 7 jari setiap kaki dan 6 jari kaki belakang. Mengikut kajian jari kaki lebih ini disebut sebagai polidactyl dan bersifat genetik dominan. Dengan jarinya yang lebih tapak kaki Oky kelihatan besar dan bila berjalan macam kelakar sikit.
Maine Coon adalah berasal dari Amerika Syarikat di negeri yang bernama Maine - dari sinilah nama kucing ini diperolehi. Terdapat mitos atau legenda mengenai asal baka kucing ini, dipercayai Maine Coon terhasil dari kacukan antara kucing liar/ setengah liar dengan haiwan racoon. Namun metos ini ditolak kerana secara biologi perkara seperti ini mustahil boleh berlaku.
Lihat jari kaki hadapan Oky yang besar. |
Maine Coon mempunyai bulu yang tebal dan anti-air bagi membolehkan kucing ini menadaptasi dengan iklim dan cuaca yang ekstrim. Bulu yang lebat dan lebih tebal di bahagian leher, perut dan kaki berfungsi untuk melindungi mereka dari salji dan suhu sejuk. Pada musim sejuk panjang bulu Maine Coon boleh mencapai 7 cm.
Maine Coon mempunyai mata dan telinga yang besar ini membayangkan akan kemampuan penglihatan dan pendengaran yang lebih tajam dan jauh.
Tengok dia lingkarkan ekornya ke tubuh. Mata dan telinga dia besar kan? |
Seperti juga dengan baka kucing Norwegian, Maine Coon juga mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang lambat, di mana ukuran dan bentuk tubuh kucing dewasa apabila mencapai umur 3 - 5 tahun. Maknanya Oky masih kecil kerana dia baru sahaja berumur 8 bulan, tetapi berat dia sudah 3kg.
Ciri fisikal yang utama kucing ini terletak pada kepala, bentuk badan, tekstur bulu, jari kaki dan bulu di sekitar leher yang menyerupai singa.
Badan Maine Coon hampir berbentuk segi empat dengan tulang dan otot yang kuat. Panjang kaki sedang dengan tulang dan otot yang kuat.
Kepala berukuran sedang dan lebar, dahi sedikit melengkung, tulang pipi menonjol dengan otot yang jelas. Hidung lebar dan sedikit melengkung pada bahagian hujung dan dagu yang sedikit tajam. Panjang leher Maine Coon adalah sedang tetapi kuat, serta sedikit melengkung.
Telinga Maine Coon besar dan lebar pada bahagian bawah, dan berbentuk tirus di bahagian hujungnya, di hujung telinganya ada sedikit bulu yang tumbuh begitu juga di dalam telinga ditumbuhi bulu yang panjang. Mata besar berbentuk oval dan kelihatan bulat apabila terbuka lebar.
Ekor kucing ini panjang dan berbulu tebal. Kebiasaannya jika Oky berehat dan tidur di dalam bilik berhawa dingin, dia akan melingkarkan ekornya ke tubuh bagi menghangatkan dirinya. Bulu pada ekor Maine Coon lebar pada bahagian pangkal tetapi menipis ke hujung ekor, strukur bulunya tebal tetapi halus dan jika diusap seperti sutera.,
Tidak semua badan kucing ini diliputi dengan bulu yang panjang, bulu pendek adalah pada bahagian kepala, bahu dan kaki, tetapi sedikit panjang di bahagian punggung dan paha, manakala di perut dan leher bulunya lebih panjang. Bulu yang lembut tetapi tahan air adalah disebabkan bulu kucing jenis ini seperti berminyak.
Peribadi Maine Coon
Maine Coon adalah kucing yang mesra dengan manusia tetapi tidak suka menarik perhatian tuannya. Kucing yang sangat independen dan tidak suka dikurung. Kucing ini suka bebas kerana kehidupannya sangat aktif dan suka bermain-main bersama dengan pemiliknya. Saya pernah dikejutkan oleh Oky di tengah malam semata-mata untuk bermain dengannya. Disebabkan kucing ini aktif pemiliknya perlu menyediakan pelbagai jenis permainan.
Women and cats in the house, men and dogs in the street. - Catalonia
A cat has nine lives. For three he plays, for three he strays, and for the last three he stays. England
No comments:
Post a Comment