Ini adalah Kad Pengenaan Haiwan Malaysia untuk Oky. Pada 25 Julai 2013 semasa mengambil vaksin kedua Oky di Hospital Veterina Cheras saya terus membuat permohonan untuk mengadakan kad di atas untuk Oky.
Saya tertanya-tanya besar mana dan bagaimana cip pengenalan dimasukkan ke dalam tubuh haiwan kesayangan kita, rupanya mereka mempunyai method yang sangat mudah tanpa perlu melakukan pembesahan dan dalam tempoh tak sampai 2 minit - semuanya siap. Yang lama sedikit adalah untuk mengambil foto Oky sebab Oky berada dalam keadaan suspen, Oky asyik bergerak dan fotonya menjadi kabur. Ini adalah antara foto yang boleh digunakan... sayangnya Oky tak senyum....
Agaknya Oky pun gembira sebab dia sudah ada Kad Pengenalan Diri/ Passport jadi mudahlah untuk dia mengikut saya jika saya berhasrat untuk bercuti ke luar negara nanti. Oky sedang bermain dengan Passport dia... boleh dia aksen pada pendatang yang tidak mempunyai kad pengenalan diri kan!!!!
No comments:
Post a Comment