Saya akan postkan beberapa nasihat dan maklumat yang saya peroleh dari seorang rakan fb yang bernama Mat Kacau. Maklumat mengenai kereta dan penyelenggaraan kereta sangat penting untuk pengetahuan kita bersama. Kalau anda perlukan maklumat yang lebih berkawanlah dengan Mat Kacau di facebook.
Sistem penyejukan adalah merupakan salah satu system yang penting kepada sesebuah enjin. Tanpa system penyejukan tentunya enjin akan menjadi panas lampau yang akan menyebabkan bahagian-bahagian atau komponen yang ada pada enjin akan musnah dengan jangka masa yang amat singkat sahaja. Secara umum system penyejukan ini diperlukan supaya sesebuah enjin dapat mencapai ke suhu kerja dengan masa yang sesuai dan mengawal suhu enjin dengan tahap yang diperlukan. Haba yang dihasilkan dari pembakaran campuran udara-bahanapi diruang pembakaran boleh meningkat sehingga 2500 C. Dua puluh empat sehinga dua puluh tujuh peratus dari haba ini ditukarkan kepada tenaga mekanikal. Empat puluh peratus lagi dipindahkan melalui ekzos dan system pelincir selebihnya pula dipindahkan ke system penyejuk.
Tiga (3) tugas utama sistem penyejuk bolehlah diterangkan seperti berikut :-
(a) Mengalirkan haba yang berlebihan atau tidak diperlukan
- Suhu pada dinding silinder mestilah tidak melebihi dari 210 C atau 250 C. Suhu yang melebihi dari takat ini akan menyebabkan minyak pelincir hilang kelikatannya atau terbakar. Ini mengakibatkan kerosakan seperti omboh terlekat pada dinding selinder, selinder terguris, alas kepala selinder hangus, injap bengkok dan lain-lain lagi.
(b) Mengawal suhu enjin pada takat yang paling cekap pada semua keadaan kendalian.
Ini membolehkan enjin mencapai kecekapan di dalam hal-hal seperti :-
- Renggangan yang betul diantara bahagian-bahagian yang memerlukan kelegaan
- Meninggikan pelowapan bahanapi
- Minyak pelincir sentiasa berada pada takat kelikatan yang sesuai
(c) Memanaskan enjin dari mula ia dihidupkan sehingga ke suhu kendalian pada jangka masa yang singkat. Ini dapat dilakukan dengan menghalang sistem penyejuk dari berfungsi semasa enjin sejuk dan membenarkannya berfungsi semula apabila enjin mencapai suhu kendalian . Bagi tujuan ini termostat digunakan.
Sumber: fb Mat Kacau
No comments:
Post a Comment