Kawan-kawan dah baca surat Fatima, tanpa mengira kefahaman agama, apa yang kawan-kawan sekelian rasakan dalam hati? tak sedih ke?, tak kasihan ke?, tak marah ke? tak rasa nak menangis ke? atau tak rasa apa-apa pun....
Susah saya nak jangkakan perkara seperti ini berlaku di zaman ini, lebih-lebih lagi oleh sebuah bangsa yang dianggap dan menganggap diri mereka sangat bertamadun. tetapi apa yang telah dilakukan oleh mereka semasa di Iraq dan Afganistan sangat-sangat merentap hati jantung saya. Robek hati saya hanya kerana membaca dan melihat foto kekejaman dan keganasan askar-askar Amerika Syarikat, belum lagi mengalaminya. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saudara-saudara kita yang berdepan dengan keadaan ini. Apa lagi yang mampu saya lakukan selain dari memanjatkan doa.
Memang tidak adil jika saya mencopkan semua rakyat Amerika Syarikat seperti askar-askar mereka itu, memang tidak patut kerana saya berpendapat tentunya ada segelintir dari rakyat Amerika Syarikat yang tidak suka dan merasa sedih serta marah dengan apa yang dilakukan oleh askar-askar mereka. Tetapi mereka juga seperti saya... tiada kudrat.
Semasa saya berkursus di Amerika Syarikat dulu, saya perhatikan berita-berita yang disiarkan di kaca televisen mereka semuanya adalah mengenai sanjungan rakyat Iraq yang tidak seberapa. Tiada satu pun berita kekejaman askar mereka yang disiarkan. Baru saya sedar bahawa negara bertamadun itu lebih tidak ada kebebasan untuk bersuara. Penyiaran yang telus dan berat sebelah. Saya sangat hairan dengan apa yang saya tontonkan. Patutlah rakyat mereka menyanjungi apa yang askar-askar mereka lakukan di negara-negara Islam. Kasihan juga saya kepada rakyat Amerika Syarikat yang tertipu dengan Kerajaan mereka sendiri.
Wahai kawan-kawan ku, tiada apa yang boleh kita lakukan lagi hanya menadah tangan dan membisikkan doa ke hadrat Illahi supaya orang-orang Islam diselamatkan dari fitnah musuh Islam dan tali barut Dajjal. Tolonglah panjatkan doa-doa itu setiap hari. Bagi rakyat Islam di Malaysia hentikanlah bergaduh sesama sendiri, lihatlah betapa sukarnya hidup saudara-saudara kita di negara-negara lain. Percayalah musuh agama kita sangat mengetahui kelemahan orang Islam, di mana Islam boleh runtuh dengan Islam sendiri. Fikirlah....
No comments:
Post a Comment