14 July 2013

Santai Nampaknya Oky

Inilah Oky kucing kesayangan saya. Saya ambil dia kerana dia dibuang orang. Dari awal saya dah tahu bahawa Oky memangnya kucing yang baik kerana sepanjang perjalanan kami dari Johor ke Kuala Lumpur, Oky tidak banyak ragam. Memang mudah memelihara dia.

Memandangkan Oky dah terbiasa dengan kebebasan makanya dia tidak betah tinggal lama di dalam rumah terutamanya di siang hari..... selepas makan dia akan minta keluar. Tetapi Oky tidak pergi jauh dia suka betul bermain dengan pokok-pokok di halaman rumah

Tengok tu santainya dia, berehat-rehat di atas rumput untuk caj semula tenaga dia dengan alam ciptaan Allah ini. Kucing saya ini berbentuk tabby - mackerel dengan bentuk M yang sangat jelas pada dahinya. Itulah tandanya Oky sayangkan Rasulallah saw Nabi kesayangan kita, sebab M tu kan nabi Muhammad saw. Harap saya dapat berjumpa dengan semua kucing-kucing saya di syurga nanti. Ameen.... 

No comments: