Tengok tu, kuku Oky panjang betul..... sudahlah panjang banyak pula tu. Jari kucing biasanya hanya 5 bagi setiap kaki, tetapi berbeza dengan Oky... dia akan banyak jari, 7 jari setiap kaki hadapan dan 6 jari setiap kaki belakang.
Disebabkan jari dia yang banyak, kaki-kaki Oky nampak besar.... dan kuku-kuku dia semuanya dah panjang.... ini merbahayakan kepada diri dia sendiri, kerana Oky suka mengaru telinga dan kepala dia bila gatal.... kalau kuku tidak dipotong dia akan melukakan telinga dan mungkin mata dia. Saya potong kuku Oky dengan ketip kuku saja, mudah dan cepat. Ada panduan memotong kuku kucing pada post saya yang sebelum ini.
No comments:
Post a Comment