Gambaran sahaja... |
Dipersilakan.....
Dajjal itu lahir daripada perhubungan kedua ibu bapanya yang berada dalam keadaan kotor (hadas besar). kedua-dua ibu bapanya adalah khunsa (mempunyai 2 kemaluan). Selepas kelahirannya, Dajjal yang masih bayi ini telah tidur sepanjang hari dan hanya bangun untuk mendatangkan keburukan kepada dunia. Ketika dia lahir ke dunia ibunya telah meninggal dunia kerana menanggung siksa melahirkannya. Kemudian dia tidur dan tidak pernah bangun-bangun sehinggalah pada suatu hari ketika orang lain sedang tidur, dia telah bangun dan berjalan dan tidur semula di hadapan berhala yang terdapat di rumah keluarganya.
Apabila bapanya bangun dari tidur dia terperanjat melihat anaknya berada di hadapan berhala sedangkan anaknya itu tidak pernah merangkak ataupun menyiarap. Lalu bapanya pun menceritakan peristiwa tersebut kepada masyarakat di sekitarnya. Tetapi orang-orang di sekeliling tidak mempercayai kerana bagi mereka tidak mungkin seorang anak kecil yang tidak pernah belajar menyiarap mahupun merangkak mampu untuk berjalan. Lalu kejadian itu pun disampaikan kepengetahuan seorang hakim, memang menjadi lumrah ketika zaman jahiliah masyarakat sangat percaya kepada hakim dan mengatakan hakim adalah suara tuhan yang boleh menjatuhkan apa-apa hukuman.
Kemudian bapa dajjal telah ditangkap kerana didakwa menyebarkan satu pembohongan, akhirnya bapa dajjal disiksa sehingga meninggal dunia di dalam penjara. Dajjal yang masih tidur itu dijaga pula oleh hakim tersebut sehingga sebelum hakim itu meninggal dunia dia menyerahkan dajjal kepada seorang pembantunya supaya membawa dajjal ke sebuah tempat dan menjaga dajjal.
Dajjal bukanlah mempunyai 1 mata seperti yang digembar-gemburkan. Dia juga seperti manusia biasa yang mempunyai 2 biji mata tetapi sebelah matanya cacat dan buta.
Dajjal dikatakan cuma akan muncul selama 40 (tidak diketahui tahun atau hari atau bulan).
Dikatakan Dajjal juga memiliki malaikat di kiri dan kanan bahunya seperti manusia biasa. Ketika waktu kemunculannya dajjal akan mengaku dirinya nabi bagi mendapatkan pengikut-pengikutnya dan akhirnya kewujudan dajjal akan disedari ketika dia berada di sempadan Syam (Syria) dan Iran. Pada ketika itu dajjal akan mengaku bahawa dia adalah dajjal dan menyeru manusia menyembahnya dan mengaku bahawa dia adalah tuhan. Dan tatkala manusia tidak mempercayainya maka dia menyuruh manusia itu bertanyakan kepada malaikat rakib yang berada di bahu kanannya adakah benar dia adalah tuhan maka malaikat rakib berkata “tidak benar, itu adalah dusta semata-mata". Tetapi orang-orang di sekeliling tidak mendengar perkataan yang diucap oleh malaikat rakib itu.
Lalu disuruh pula bertanyakan kepada malaikat atid yang berada di bahu kirinya lalu malaikat atid menjawab “benar, apa yang dikatakan oleh malaikat rakib itu”, dengan kuasa ALLAH maka semua yang ada di sekeliling mendengar apa yang disebut oleh malaikat atid itu.
Disebabkan orang-orang jahil yang menyalah tafsir apa yang diperkatakan oleh malaikat atid itu maka mereka menyangkakan memang benarlah Dajjal itu adalan tuhan lalu kafirlah orang-orang yang mempercayai fitnah dan dusta dajjal itu.
Kemudian turunlah Nabi Isa as untuk melawan fitnah Dajjal di tengah-tengah kota Mekah. Kelemahan bagi dajjal ialah dajjal tidak boleh bersemuka dengan Nnabi Isa as dan jika dia bersemuka dengan Nabi Isa as maka seluruh badannya akan mengecut seperti manusia yang disedut semua air yang terdapat dalam tubuhnya lalu dia mati..
Selepas kematian Dajjal hanya sedikit sahaja umat Islam yang masih belum terpesong akidahnya maka di dalam kumpulan yang sedikit ini Islam diperjuangkan. Kemudian lahirnya Imam Mahdi bagi memimpin umat Islam, ketika berada di dalam Masjidil Haram Imam Mahdi telah mempelawa Nabi Isa as untuk mengimamkan solat jumaat tetapi ditolak oleh Nabi Isa as kerana keinginan Nabi Isa as untuk menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w.
No comments:
Post a Comment