"Rasulullah s.a.w. menyemarakkan ibadah pada malam hari bulan ramadhan dengan tidak mewajbkan kepada umatnya. Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: "sesiapa beribadat pada malam hari bulan ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah (s.w.t.) dan mengarapkan pahala daripadaNya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (riwayat Imam Muslim)
Manakala Saiyidatina Aisyah r.a telah meriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud: "pada suatu malam nabi Muhammad s.a.w. solat di masjid, maka para sahabat mengikuti solatnya pada malam berikutnya, Baginda s.a.w. solat lagi di masjid dan para sahabat yang mengikutinya bertambah ramai. Lalu mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar ke masjid untuk solat bersama mereka. Pada sebelah paginya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan dan tidak ada sesuatu apa pun yang mencegah aku untuk keluar mengerjakan solat bersama kamu semua kecuali aku khuatir kalau-kalau kamu menganggap solat itu diwajibkan atas kamu." (riwayat Muslim)
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud: "Nabi Muhammad s.a.w. keluar ke masjid, kebetulan pada malam bulan Ramadhan itu para sahabat mengerjakan solat di tepi-tepi masjid. Baginda s.a.w. bertanya: 'siapa mereka itu?' ada yang menjawab 'mereka adalah para sahabat yang tidak dapat membaca Al-Quran, tetapi Ubai bin Kaab solat di tengah-tengah mereka dan mereka ikut solat bersamanya.' Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 'mereka telah mendapatkan pahala dan sebaik-baik amalan adalah apa yang mereka lakukan itu." (riwayat Abu Dawud)
Adapun panggilan solat tarawih adalah dinisbahkan kepada khalifah Umar Ibnu A-Khattab r.a. kerana beliaulah yang mengumpulkan orang ramai untuk melakukan solat pada malam bulan Ramadhan itu di bawah pimpinan seorang imam iaitu Ubai bin Ka'ab.
Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdurrahman bin Abdul Qari, beliau berkata: "saya keluar bersama Umar Ibnu Al-Khattab pada suatu malam bulan Ramadhan. kebetulan pada saat itu orang ramai sedang mengerjakan solat secara berjama'ah dalam beberapa kelompok. Ada pula seorang yang bersolat secara bersendirian dan ada pula yang solat keseorangan tetapi kemudian diikuti oleh orang lain sehingga menjadi suatu kumpulan. Melihat keadaan itu Umar berkata: 'saya berpendapat, sekiranya mereka ini dihimpunkan di bawah satu imam, nescaya ia adalah lebih baik." kemudian Umar melaksanakan pendapatnya dan menghimpunkan orang ramai untuk mengerjakan solat di bawah seorang imam iaitu Ubai bin Ka'ab."
Seterusnya Abdurrahman bin Abdul Qari menerangkan bahawa pada malam hari yang lain, dia keluar lagi dengan Umar dan pada ketika itu umat islam mengerjakan solat di belakang seorang Qari. Maka Umar berkata: "sebaik-baik bid'ah adalah ini". Adapun orang yang tidur pada awal malam seraya bermaksud akan mengerjakan solat lail (tarawih) pada malam hari, yang demikian itu adalah lebih utama daripada orang yang mengerjakannya pada awal malam. Akan tetapi umat islam mengerjakan pada awal malam." (dikeluarkan oleh Imam Al-Bukhari)
Berdasarkan pada keterangan hadith-hadith sohih di atas, maka jelaslah bahawa orang yang mula-mula mengerjakan solat tarawih dalam kaitannya dengan ibadah pada bulan ramadhan adalah junjungan agung kita Nabi Muhammad s.a.w. .
Baginda Rasulullah s.a.w. mengerjakan bersama para sahabat tiga atau empat malam. Setelah itu Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar untuk mengerjakan bersama para sahabat lagi kerana Nabi Muhammad s.a.w. khuatir solat tarawih dianggap wajib oleh umatnya. Dalam hal ini adalah sebagai rahmat dan tanda sangat sayang kepada umatnya.
Keterangan yang lebih jelas lagi disebutkan oleh Al-Bukahri dan muslim maksudnya: "sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. keluar pada waktu tengah malam pada bulan Ramadhan kemudian solat di masjid. Beberapa orang mengikuti solat baginda Rasulullah s.a.w. Pada sebelah paginya mereka menceritakan perkara tersebut kepada teman-teman mereka.
Maka pada malam hari berikutnya para sahabat yang berhimpun lebih ramai lagi. Pada malam yang kedua ini Nabi Muhammad s.a.w. keluar untuk mengerjakan solat dan para sahabat pun mengikuti solatnya. Pada sebelah paginya para sahabat menyebut-nyebut perkara itu, maka pada malam ketiga orang-orang yang berhimpun di masjid bertambah ramai lagi. Nabi Muhammad s.a.w. keluar ke masjid mengerjakan solat pada malam ketiga itu dan para sahabat mengikutinya.
Kemudian pada malam yang keempat, masjid tidak lagi muat untuk menampung orang ramai yang datang berhimpun tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar ke masjid. Beberapa orang sahabat ada yang melaungkan azan "al-solah! al-solah!", tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar juga. Apabila masuk waktu subuh, barulah Nabi Muhammad s.a.w. keluar ke masjid. Setelah selesai solat subuh, Nabi Muhammad s.a.w. menghadap para sahabat, membaca syahadat dan kemudian bersabda: 'sesungguhnya aku bukannya tidak tahu bagaimana keadaan kamu malam tadi, akan tetapi aku khuatir kalau-kalau kamu menganggap bahawa hal ini (solat malam Ramadhan) diwajibkan atas kamu, maka kamu tidak mampu mengerjakannya.'
Dalam riwayat yang lain disebutkan: "sehingga Nabi Muhammad s.a.w. wafat keadaan masih tetap seperti itu."
Sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/solattarawih.htm melalui sumber: amalan penting dalam islam, siri bimbingan mukmin (Safwan Fathy, Haji Suhaimee Yassin & Mohammad Zain)

No comments:
Post a Comment