Pada suatu hari semasa saya dan beberapa adik saya bercuti di kampong, selepas saya dan keluarga makan di Jasin dan dalam perjalanan pulang, kami terserempak dengan perarakan menyambut Maulidul Rasul saw. Perarakan sedang dalam perjalanan dari Rim menuju ke Jasin atau mungkin sehingga masjid Kampung Rim.
Ramai juga yang mengambil bahagian, saya dan keluarga juga terasa teruja melihat acara ini, maklumlah sudah sangat lama kami tidak terlibat atau melibatkan diri dalam sebarang perarakan. Melihat anak-anak sekolah terutamanya dari Sekolah Agama atau Maahad saya rasa seronok, masih ada lagi yang cuba memperjuang dan menegakkan syiar agama serta melahirkan rasa cinta kepada rasulallah saw. Itu pandangan dan persepsi saya sahaja.
Yang berpakaian serba putih siap dengan berserban rasanya adalah peserta dari Maahad yang ada di Rim Jasin. Semoga mereka menjadi menyampung amanat dan wasiat baginda Rasulallah saw.
Dan yang ini tentunya dari anak-anak yang menganggotai kumpulan kompang. Selamat semuanya dan selawatlah serta mendapat syafaat baginda Rasulallah saw nanti di Padang Masyhar, insyaallah.
No comments:
Post a Comment