24 February 2013

Pembaharuan Passport

Pada 19 Januari 2013 yang lalu saya telah ke Pejabat Imigresen Seri Rampai untuk memperbeharui passport antarabangsa saya yang telah tamat. Bagi tujuan ini saya mengambil cuti, tetapi ada di antara rakan sepejabat memaklumkan bahawa untuk pembaharui passport tidak perlu mengambil cuti kerana tempoh siap pembaharuan passport tersebut hanya mengambil masa selama 1 jam sahaja. Saya tiba di pejabat tersebut pada jam 10 pagi dan terus ke kaunter untuk penyerahan dokumen yang lengkap dan mengambil nombor giliran. Nombor yang diserahkan kepada saya adalah 1191.


 Rupanya saya terpaksa menunggu untuk dipanggil oleh 3 kaunter lagi, iaitu kaunter untuk pengesahan dokumen, di sini dokumen untuk diproses dan ditandatangani oleh pemohon. Untuk menunggu nombor dipanggil oleh kaunter ini pun terpaksa menunggu hampir 1 jam. Kemudian menunggu nombor dipanggil untuk tujuan pembayaran. Yang sebenarnya tempoh 1 jam yang dimaksudkan oleh rakan saya mulanya di sini, iaitu selepas pembayaran dibuat. Selepas itu kita terpaksa menunggu paling lama pun 1 jam untuk penyerahan passport baru. Di sini saya hanya menunggu lebih kurang 40 minit sahaja untuk penyerahan passport dan sehingga semua prosedur selesai. Nasib baik saya ambil cuti kerana prosesnya lambat juga.

No comments: