Masih pagi lagi... tetapi sistem fisiologi tubuh saya memberikan isyarat negatif... apa tidaknya masih lagi jam 9 pagi mata saya dah mula mengantuk... saya sendiri pun tidak mengerti kenapa pulak tiba-tiba pagi Jumaat ini saya sudah kurang bertenaga gayanya seperti orang keletihan selepas berlari 10km, keadaan ini sangat berbeza degan semalam di mana sehingga waktu balik saya masih mempunyai tenaga yang banyak.
Setelah 2 - 3 kali mata saya hampir tertutup (ditambah dengan internet yang sangat perlahan di pejabat ini) saya keluar dari pejabat dan bergerak di sekeliling pejabat untuk melancarkan lagi peredaran darah dalam badan.... kenapa pulak pagi ini? hairan juga sebab seperti biasa saya tidur dan bangun pada waktu yang hampir sama.
Untuk pengetahuan anda semua, semasa menaip blog ini juga saya masih tidak dapat fokuskan halatuju objektif minda, ianya masih lagi terawang-awang dan semua sistem dalam badan seperti memberi perentah kepada mata untuk melelapkan mata... bahaya... bahaya sungguh.... Soal selidik perlu disiapkan untuk diedarkan pada awal mac nanti......
No comments:
Post a Comment