09 February 2013

Anai-Anai Mengenali Kesucian Ayat Al-Quran Berusia 100 Tahun


ayat al-quran, subhanallah, tidak, gigit, masih, kesucia, al-quran, anai-anai, gambar
Kisah ini berlaku di sebuah negara yang mempunyai orang-orang Islam yang ramai, keistimewaan ini terjadi kepada sebuah Al-Quran dengan  terjemahan dalam bahasa Urdu. Anggaran usia Al Quran ini lebih kurang 100 tahun, apabila disedari oleh pemilik Al Quran ini, mendapati ianya telah dimakan oleh anai-anai. 

Keajaiban berlaku apabila anai-anai ini memakan hampir kesemua Al Quran ini termasuk huruf-huruf terjemahannya, yang ajaibnya tiada satu pun ayat Al-Quran dalam bahasa Arab yang dijamah oleh anai-anai tersebut. Kejadian ini berlaku di dalam serumah seorang muslim yang bernama En. Md Farooq penduduk Tappachabutra, Hyderabad.

Dalam Al-Quran surah Al-Hijr, surah ke 15 ayat ke 9, Allah Swt. berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” Ayat di atas menunjukkan jaminan dari Allah Swt, bahawa Dia selain menurunkan dan mewahyukan Al-Quran, juga akan menjaga kemurniannya hingga Hari Kiamat.



Al-Quran Al-Karim Adalah Mukjizat

Daripada Saidina Ali r.a : Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ” Awaslah! Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar”. Aku bertanya: ” Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?” Baginda menjawab: ” (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya – akan disesatkan oleh Allah. 

Al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. 

Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya.” (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus.” (Saidina Ali r.a)

Firman Allah Ta’ala Yang Bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.” ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

No comments: