WARTAWAN SINAR HARIAN
4 Februari 2013
Pemimpin NGO Ekonomi Zon Utara semasa Kongres Ekonomi Melayu.
GEORGETOWN - Kira-kira 300 pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan profesional menghadiri Kongres Ekonomi Melayu 2013 Zon Utara yang berlangsung, semalam.
Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen Abdul berkata, kongres itu lanjutan kongres sama di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Oktober tahun lalu.
Beliau yang juga Pengerusi Pengelola Kongres Ekonomi Melayu Peringkat Zon Utara berkata, kongres julung kali diadakan itu bertujuan merumuskan 20 resolusi diputuskan dalam kongres di peringkat kebangsaan di ibu negara itu, baru-baru ini.
Program berkenaan anjuran bersama dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Pulau Pinang bersama Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), berlangsung di Dewan Seameo Recsam, di sini, semalam.
Dua kertas kerja akan dibentangkan oleh Datuk Dr Mohamaed Ghazali Md Noor yang bertajuk ‘Resolusi Kongres Ekonomi Melayu 2012’ dan ‘Transforming Urban Penang Malay Business as a Hub for Northen Region Malay Economic Empowerment dibentangkan oleh Dr Muhammad Abdul Khalid.
Kongres itu dirasmikan Presiden DPMM, Datuk Syed Ali Al-Attas yang juga Pengerusi Yayasan Kajian dan Pengerusi MTEM.
Beliau berkata, antara isu dibincangkan ialah pemilikan ekuiti orang Melayu tidak setanding bangsa lain, khususnya senario di Pulau Pinang, ramai terpaksa keluar dari pulau ke tanah besar berikutan dilema isu pemilikan tanah.
P/S Saya sangat teruja dengan agenda ini, sememangnya saya sangat bimbang dengan pemilikan ekuiti orang Melayu terutamanya tanah bumi bertuah ini. Adakah ini merupakan langkah awal untuk mengenalpasti tindakan yang sepatutnya diambil, pada saya orang Melayu tidak boleh bergantung kepada Kerajaan sahaja, mereka sepatutnya sudah matang untuk menilai sendiri untung nasib apabila tanah hak milik bertukar tanah... janganlah menjadi tamak hingga hilang pertimbangan.
No comments:
Post a Comment