08 February 2013

Malam Ini Saya Perlu Tidur Awal

Jealous tengok Garfield tidur
Saya nak sambung cerita yang tadi.... cerita saya mengantuk di pejabat di awal pagi. Rasanya saya dapat menganggak kenapa pagi tadi saya terlalu mengantuk sehingga hilang konsentrasi bekerja. Nasib saya baik apabila mesyuarat yang dijangkakan pagi tadi bitangguhkan sehingga bulan hadapan.

Seperti satu amalan apabila setiap pagi saya akan mengambil kopi-O semasa sarapan. Sebaliknya pagi tadi saya mengambil teh O sahaja kerana kopi saya sudah habis. Rasanya itulah sebabnya menjadikan sistem badan saya tidak dapat communicate antara satu dengan lain akibatnya menyebabkan saya menjadi tidak keruan. Dasyhatnya penangan kopi-O tu.... namun begitu terus terang saya katakan sukar untuk saya berhenti dari mengambilnya pada sarapan saya setiap pagi. Saya kurang arif dari segi saintifik akan kebaikan dan keburukan kopi, tetapi apa yang saya maklum adalah semua perkara biarlah sederhana kerana melebih-lebihkan sesuatu akhirnya akan membawa kemudaratan jua.

Oy ya, saya menjeling jam yang tergantung di dinding rumah saya, ia sudah menunjukkan jam 10.15 malam, tetapi mata saya masih lagi belum mahu lelap, malahan rasa mengantuk pun belum tiba lagi... sepatutnya malam ini saya mesti tidur awal kerana esok saya akan bertolak balik ke kampong untuk bercuti. Dan sudah tentunya saya berdoa supaya saya tidak mengantuk semasa memandu....

No comments: