Dunia bukan sahaja tempat bersenang lenang tetapi yang paling utama dunia adalah pentas untuk menyediakan bekalan untuk di bawa ke dunia yang kekal nanti. Oleh itu persiapkanlah diri kita dengan pelbagai amalan, selagi nyawa dikandung badan, dan setelah kita mati, maka tiada lagi kesempatan untuk penyediaan bekalan tersebut.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, maka detik itulah bermulanya kehidupan di dalam alam baqa' dengan kehadiran 2 malaikat iaitu Mungkar dan Nakir, mereka datang ke dalam kubur dan cuba untuk memisahkan seorang lelaki kacak yang ada di hujung kepala jenazah tadi. Tujuan mereka hanyalah untuk menyoal jenazah itu mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, 'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Marilah kita sebarkan Hadis ini kepada semua kerana sabda Rasulallah saw 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'
No comments:
Post a Comment